Sunday 29 September 2013

KHASIAT OSTEMATRIX

Assalamualaikum...menyempatkan diri update blog malam ni walaupun mata dah tak tahan nak bertongkat haha. Puas dah fikir entri apa mlm ni ye tak ye last2 buka buku nutrisi juga. Hepy reading yek ;)

Tahukah anda sebiji tablet kalsium Ostematrix bersamaan 1 gelas susu tinggi kalsium dan bersamaan 80 biji badam? Haa camana nak makan 80 biji badam sehari tu hihihi ;)

Di sini saya nak share pasal KHASIAT OSTEMATRIX SHAKLEE iaitu sumber kalsium dan BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM ?

BAGAIMANA MEMILIH KALSIUM PREMIUM ?

-Pilih produk yang ada vitamin D dan magnesium
-Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
-Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.

KHASIAT OSTEMATRIX YANG ANDA HARUS TAHU

MENGUATKAN TULANG-Kalsium menghalang osteoporosis , menguatkan kuku,kerangka gigi, sistem saraf, juga merawat tulang retak,rickets dewasa, kuku rapuh,ekzema, kekejangan, gusi berdarah, dan merangsang darah memekat (digalaakkan banyak minum air lepas amik oste ni)

MEMPERBAIKIMKEKEJNGAAN/KEBAS-KEBAS- Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas2, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

MERINGANKAN STRESS- Mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar,  gementar, mimpi buruk dan stress, memperbaiki sakit kepala, mood swing dan pitam.

MEMPERBAIKI MASALAH HAID- Kajian menunjukkan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

PENGALKALIAN TUBUH- Kalsium adalah  mineral alkalin, berkesan memastikan imbangan PH tubuh, menghalang obesiti di usia tua,membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

MEMPERBAIKI HIPERAKTIVITI PERUT DAN SAKIT GASTRIK

VITAMIN D-mampu merawat penyakit rickets, meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka.

MAGNESIUM-Menggalakkan komposisi tulang dan rawan, membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh  untuk penghasilan tenaga, pengecutan saraf dan otot dan menstabilkan denyutan tak sekata pesakit jantung, memudahkan sisa rembesan keluar dari perut dan usus.

ZINC, BORON < MANGANES DAN KUPRUM- Memelihara metabolisme  kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan  untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.


Nak dapatkan tidur yang tenang dan rehatkan saraf , disyorkan kepada pesakit migrain diambil bersama B Complex, ambil 4 biji Ostematrix sebelum tidur.

Hubungi saya pengedar sah Shaklee anda penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Emelia Elza Jamaluddin 
012-9488265
Id Shaklee 910243

Page : Ladang Vitamin

Saturday 28 September 2013

CANTIK DAN CERAH

Assalamualaikum..

Just nak share citer sahabat saya, katanya kawan dia pergi farmasi nak cari ubat cerahkan kulit dan pudarkan parut. Cuba teka apa diorang syorkan..ESP dan Vita C hehehehe...

Alkisahnya ni citer kawan kepada kawan saya, lepas amalkan ESP dan vita C memmang orang tegur kulitnya dah semakkin cerah , parut makin pudar.

Memang dah tersohor ESP ni kan memperbaharui sel kulit, bahkan ada yang bagitahu saya kulitnya makin cerah lepas ambil ESP ala-ala pakai pemutih gitu !

Vitamin C memang best lah untuk merangsang penghasilan kolagen, juga membantu mencerahkan kulit. 

ESP bukan sekadar soya protein biasa tau. Ia dicuci dengan air  (soy protein dipasaran biasa dicuci dengan arak) untuk mengekalkan kualitinya bahkan ia terhasil bukan gmo, maknanya ESP diperbuat dari sumber soya yang tidak diubah suai genetiknya. Maka sudah tentulah ia lebih terjaminn selamat dan berkualiti.

Sebab sebut soya orang takut  dikaitkan dengan barah dan sebagainya. ESP soy protein Shaklee adalah selamat macam saya cakap tadi kerana ia adalah soya NON GMO....

Ok lah jumpa lagi esok, mata pun dah layu semacam jer..Tak sabar bfast dengan ESP..nak kulit gebu lah konon hik3.  umur dah 35 ni memang semua benda nak jaga ;)

Nak dapatkan ESP dan resipi bancuhan ESP pelbagai variasi dan tips2 percuma dengan pembelian ESP dan supplemen Shaklee dari saya pengedar sah Shaklee anda.

Pm je kalo nak ;)

Emelia Elza Jamaluddin
SMS WA 012-9488265
ID SHAKLEE 910243

PAGE : LADANG VITAMIN






TUBUH KALIS ANTIBIOTIK ??

Assalamualaikum..alhamdulillah terasa nak menulis pagi Sabtu 28 September ni pasal sakit tekak. Semalam di sekolah ada jamuan untuk kem 1 Murid 1 Sukan, GB dan rakan guru K.Ati bermurah hati sponsor makanan. Menu? Udang goreng, sup ketam, ikan goreng dan sayur kubis goreng. 

Saya makan 2 ekor udang saja, dan semangkuk kecil sup ketam. mak aihh balik tu tekak rasa dah kembang dan sukar menelan. badan pulak nak demam.

Dulu-dulu kalo sakit tekak saya akan biarkan hingga ia melarat 3-4 hari.  Dan bila ke doktor mesti dia cakap tekak merah, dan bagi antibiotik. 

Alkisahnya semalam lepas sakit macam tu terus nak pegi klinik , dengan niat nak antibiotik sebab tak sanggup menahan sakit. Bila doktor cek dia cakap hanya merah-merah dan akan beri ubat demam paracetemol, vitamin C dan ubat spray.

Teringat pula saya sebelum ke klinik saya dah telan 9 biji vita c Chewable Shaklee 100mg. Sekali ambil 3 - 3 - 3. Dan saya telan nutriferon untuk kuatkan sistem imun tubuh. Badan dah rasa berpeluh sikit lepas makan 9 biji vitamin C tu.

Walaupun tak suka antibiotik, pergi klinik dengan harapan doktor akan berilah kah3. tahu tak apa doktor cakap? Tak boleh sewenang2 nya kami beri antibiotik ni puan, sebab bila puan betul-betul sakit nanti antibiotik dah resistant.

Wah terkejut gak bila doktor cakap macam tu, sebab sebelum ni dengar cerita orang sahaja dan artikel di facebook. Masa bayar, rm 40 semua kos ubat iaitu vitamin c 11 biji dan paracetemol, uabt spray.

Dalam kepala ni kalo setakat ubat ni saya makan, oopss maaf saya memang tidak akan makan, cukuplah dengan NUTRIFERON, GARLIC dan up kan dos Vitamin C harian, sebab apa? Tapi takdelah saya cakap macam tu kat kaunter depan nurse ;)

Saya tidak akan makan ubat seperti panadol , dan sebenarnya sudah agak lama saya tidak menelan panadol tahan sakit ni, alhamdulillah sejak mengenal Shaklee!


Dan pagi ni bersin sangat terkejut sebab terkeluar ketulan besar kahak berlendir pekat bercampur darah dari hidung...huhu lega rasanya lepas keluar menda ni.

Di bawah saya nyatakan , mengapa memadai kuatkan imuniti badan dan makan vitamin first aid saya di rumah saja dah cukup ?

Vitamin C -bertindak sebagai pemulihan luka, melindungi tubuh dari infeksi bakteria, jadi disaat-saat kritikal tak salah gandakan sikit dos vitamin C kita tu.,ia juga mengukuhkan kapilari dan dinding sel bagi hidung berdarah, meminimakan kesan histamine iaitu bahan keradangan dan memusnahkan virus selsema.

NUTRIFERON -Bertindak mengukuhkan sistem imun,  mengaktifkan interferon, dan merangsang sistem imun. Haa jadi tak payah dah nak telan antibiotik bagai.

GARLIC - yang ni pun feveret saya , cumaaa saya amik culas-culas dan selalu skip.  Garlic dan Nutriferon ni saya amik time sakit je hak3. Garlic Shaklee sebagai antibiotik semulajadi, , mengawal infeksi,  merangsang fungsi imun, dan memusnahkan bakteria.

Jadi , mengapa saya harus telan pil paracetemol untuk tahan sakit jika dapat mengelakkannya kan kan kan...alhamdulillah. Sebab tu lah saya nak berkongsi dengan anda semua kebaikan supplemen semulajadi ni.

Bila kata semulajadi bukanlah ia bermaksud vitamin yang masih berdaun dan berakar bagai, tapi ia menggunakan bahan-bahan yang dijamin selamat dan berkualiti sahaja.

Macam yang kita tahu, Shaklee membelanjakan berbilion dollar untuk kajian demi kajian sebelum, semasa dan selepas sesuatu produk dikeluarkan bagi memastikan ia benar-benar berkesan dan selamat.

Nak supplemen yang semulajadi tanpa bergantung pada antibiotik? Atau nak elakkan body kita ni resistant (kalis ) dengan antibiotik? Nauzubillah lah yek..mintak jauh. Join saya dalam misi membawa anda semua kepada kehidupan yang lebih sihat tanpa ubatan berunsur dadah dan bahan kimia. Kerana kesan jangka panjang sangat tidak bagus untuk kesihatan.

Hubungi saya Pn Emelia 012-9488265, 
Id Shaklee 910243, 
Page Ladang Vitamin

Wednesday 25 September 2013

BERI LAH PELUANG UTK DIRI ANDA !

SET VITAMIN PENYUSUAN IBU

Ada org tak perlu vitamin untuk susu yg banyak. Tapi bagaimana pula dengan para ibu yg stress kerana bebanan kerja di samping itu susu yg kurang, sering sakit2 situ sini sana.

Vitamin penyusuan ibu bukanlah bertujuan membanyakkan susu ibu. Tetapi menguatkan imuniti  tubuh ibu dan mengelakkan stress. Bila ibu sihat, rumah tangga teratur dan banyak perkara boleh dibereskan.

Saya sendiri pernah terpikir nak berenti koje suatu ketika dulu lps kelahiran ank kedua. Stress, badan yg asyik sakit menyebabkan emosi bercelaru.

Anda seorang suri rumah..seorang pekerja mencari nafkah di luar rumah? Mengapa abaikan kesihatan ibu sedangkan anda sendiri nak lihat anak2 membesar dalam kasih sayang anda.

Sebagai ibu yg hebat, hadiahkan diri anda supplemen penyusuan ibu untuk jadi mak yg lebih energetic, gigi yg kuat dan tak mudah roboh akibat kekurangan kalsium atau ditarik kalsium oleh anak sepanjang penyusuan badan?

Mengapa nak biarkan diri kita kelihatan tua, hodoh,lesu tak bermaya sedangkan kita masih muda dan kita mampu mengelakkannya?

Mengapa susah2 beli jenama mahal utk suburkan rambut kalo kita boleh elakkan rambut gugur dengan makan vitamin atau sekurang2 nya mengurangkan keguguran rambut?

Mengapa perlu tanggung risiko sakit belakang gara2 kurang kalsium?

Mengapa berkata TIDAK kepada supplemen yg boleh menyihatkan kulit anda, kesihatan anda dan memberi nilai tambah yg hebat bagi penyusuan susu ibu?


kalo beg berjenama boleh di beli mengapa tidak hadiahkan diri anda supplemen asas kesihatan atau set vitamin utk kesihatan diri.

Imuniti yg kuat berpunca dari tubuh yg sihat secara dalaman dan luaran. Elakkan bergantung dengan pil penahan sakit yg membawa impak bahaya untuk jangka masa yg panjang.

Pilihan di tangan anda yg bijaksana. macamana nak dapatkan vitamin berkualiti yg sudah berada dipasaran lebih 56 tahun?

Hubungi saya Emelia Elza Jamaluddin /sid 910243 / sms WHATSAPP 012-9488265  . PAGE FB : LADANG VITAMIN

13 MAKANAN TAMBAHAN PALING TOP


Banyak tinjauan kini terperolehi untuk menunjukkan makanan tambahan yang paling banyak terpilih. . Kita akan membicarakan apa yang setiap makanan tambahan dapat lakukan untuk anda, disusuli dengan nasihat mengenai bagaimana memilih bentuk makanan tambahan yang terbaik.

Seperti mana-mana kes keluaran pengguna, terdapat juga syarikat-syarikat yang
baik, dan terdapat juga yang tidak begitu baik.

MAKANAN TAMBAHAN PROTIN
- Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. . Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. 

Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya. . Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak.

 Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak. . la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan. Dalam memilih makanan tambahan protin berkualiti, carilah yang berikut: 

Lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. la harus
mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".   Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).    la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.

MAKANAN TAMBAHAN VITAMIN/MINERAL BERGANDA

- Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan. * Menampung kekurangan diet yang kecilan. - Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. 
- la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. 
- Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan
. betul. Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 1 2 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain. 

Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.

Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.

Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan 100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C
. . Ketara meningkatkan respons imun. .  Stres meningkatkan keperluan vitamin C. 
* Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
* Ketara membantu penyerapan besi. 

Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . . Membantu memulihkan luka. - Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). Menyingkatkan masa selsema dan kekerasan gejala-gejalanya.

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.

ALFALFA

Salah satu makanan tambahan tertua yang kita kenali.   Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu  pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli. Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapal dalam alam semula jadi.

la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin. Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi. la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya. 

Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan
racun serangga dan racun rumpai.

VITAMIN E
' Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
" Mungkin melengahkan penuaan sel. 
- Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
 - Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. . Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. . Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien. 

. Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. . Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. 

Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu
sumber selenium yang unggul ialah yis.

B.KOMPLEKS
.- Membantu memerangi kelesuan. . 
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
- Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. . Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. . Perlu bagi saraf sihat. . Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.

Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. 

Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap
ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut.

LESITIN
- Penting dalam dlet mengurangkan berat badan kerana ia membanlu mengangkut
. dan mengeluarkan lemak dari sel-sel. * Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. . Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran
saraf . .
 * Boleh menurunkan kolesterol. Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,
namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari
kacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul
adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di
udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
* . Membina tulang dan gigi yang kuat. . Perlu bagi pembekuan darah yang betul. - Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan. - Meningkatkan kualiti pemancaran saraf. * 
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. . Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. . Hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot kesemuanya dilaporkan berespons kepada lebihan kalsium/ magnesium.

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber
mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi
sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungii
badan.

BESI
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi
yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.


' la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi
- yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.
Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi
ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi
bagi mendorong penyerapan.

ZINK
- Perlu bagi memulihkan luka. - Komponen penting bagi insulin. . . Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas. Amat penting dalam sistem imun. . * Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh. * Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak
. artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis. Memainkan peranan dalam respons stres.
Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains
sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.
Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN SERAT
. Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
*" Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari. Bagi manfaat
yang disenaraikan di atas, anda perlukan sekurang-kurangnya 30 gram sehari,
hampir mustahil dengan diet Amerika masa kini.
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.

E.P.A.
. - Boleh menurunkan trigliserida. - Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. . Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung. Telah membantu sakit kepala bersifat migrain. -" Sesetengah kajian menunjukkan perbaikan dalam gejala-gejala artritis reumatuic. Penting bagi jantung anda dalam masyarakat yang tiarap mengidapi penyakit
koronari.  E.P.A. (Asid eikosapentaenoik) ialah asid lemak omega-3 yang menjadi begitu
popular dalam dunia pemakanan. Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa 
susul". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susul dan gas
yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi
masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya
menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

JULAP / LAKSATIF HERBA
Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang
disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan
merengsakan. Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau
atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang
menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula
jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semula
jadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


DOA WANITA HAMIL


BAGAIMANA VITA ACE ( CAROTOMAX, VIT C, VIT E) MEMERANGI KANSER ??

BAGAIMANA ANTIOKSIDAN VITA ACE BOLEH MENCEGAH KANSER

VITA ACE ialah Vitamin A yang ada pada Carotomax Shaklee,  Vitamin C samada 500mg Sustaine release ( berzaman dah xde kita tunggu kemunculannya ye) 100mg vita C Chewable dan Vitamin e Complex.

Pengambilan dengan dos yang tinggi untuk pesakit kanser membantu menghalang kanser dari datang balik. Apa yang saya ceritakan ini berdasarkan pengalaman seorang ibu kepada sahabat saya bilamana setelah menjalani rawatan kanser doktor memberi tempoh 6 bln sahaja untuk hidup.  Walaubagaimanapun ibunya bertahan beberapa tahun juga selepas itu DENGAN IZN ALLAH.

Apa yang beliau lakukan ialah amalkan antioksidan yg tinggi seperti VITA ACE ( CAROTOMAX< VITA C< VITA E )


[ VITA ACE]

CAROTOMAX - Melawan kanser dan oksidasi.Pengambilan kerap beta karotena mengukuhkan sistem imun, melambatkan penuaan dan menyekat aktiviti bahan kanser dan menghalang pembentukan sel2 kanser, ini akan mengurangkan risiko kanser, terutama kanser paru2 dan payudara.Juga mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida.

VITAMIN C - Antioksidan yang berkuasa, meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells utuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

VITAMIN E COMPLEX- Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk antioksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.



TAHUKAH ANDA ?

Haiwan seperti arnab menghasilkan vitamin C mereka sendiri sebanyak 18000mg, sedangkan manusia tidak dapat menghasilkan vitamin C mereka sendiri. Vitamin C pula akan larut dan hilang berterusan dari tubuh kita melalui air kencing jadi kita digalakkan mengambil vitamin c setiap hari.

ADAKAH ANDA TAHU ???

Untuk 400IU vitamin e,seseorang perlu makan 1kg biji gandum, 500ml minyak safflower, 8kg bayam, 500g badam.

Hmmm agak2 boleh tak kita telan 8kg bayam untuk dapatkan vitamin E yang tak rosak akibat di masak? patutlah Popeye sihatkan...Popeye makan bayam huhu..

Saya begitu teruja untuk membantu orang lain supaya lebih sihat dan mendapat kehidupan yang lebih baik.

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan diri dan keluarga, hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan konsultasi akan diberikan selepas membuat pembelian dari saya.

Hubungi:
Emelia Elza
Id Shaklee  910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

BLOG: myladangvitamin.blogspot.com
PAGE FB: LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI

Monday 23 September 2013

KALSIUM , PERLUKAH ??

SUMBER KALSIUM, PERLUKAH ? DAN SIAPA YANG MEMERLUKANNYA

TANDA-TANDA KEKURANGAN KALSIUM
-Sakit belakang, sakit pinggang
-Gigi mudah rapuh
-kuku mudah pecah
-krem ,kejang otot

Ramai orang merasakan tidak perlu mengambil kalsium dalam diet harian, ya jika anda konsisten mengambil  susu berkalsium tinggi dan tidak menyusukan anak,tiidak hamil dan jarang datang haid.

Kerana wanita yang menyusukan anak dan wanita hamil memerlukan lebih sumber kalsium. Buktinya, 40% penghasilan susu adalah dari sumber kalsium. Bayangkan jika ibu hamil/menyusu tidak mengambil kalsium tambahan, dari manakah kalsium itu diambil . Ya dari tubuh ibu itu sendiri, maka terjadilah gejala sakit belakang yang kkronik, gigi mudah pecah, patah , kuku mudah retak dan kehilanngan gigi lebih awal.

Masalah sebegini sering dikaitkan dengan penuaan awal seorang wanita bergelar ibu. Sebenarnya , kekurangan zat tertentu menyebabkan ini semua terjadi.

Tabiat suka mengambil kafein dalam diet harian juga menjejaskan bekalan kalsium tubuh.

Dalam supplemen Shaklee, menawarkan sumber kalsium terunggul  ostematrix dan mampu menenangkan saraf jika diambil bersama B complex. Ia juga mampu melegakan migrain dan tekanan.

Tahukah anda kekurangan kalsium juga adalah PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI ?

Jika anda seorang yang mementingkan kesihatan, memerlukan supplemen dan konsultasi percuma bagi setiap pengambilan dan cara makan, hubungi saya pengedar sah Shaklee anda.

PENGHANTARAN KE SELURUH MALAYSIA TERMASUK SABAH DAN SARAWAK/ LUAR NEGARA

Pm saya :

Pn Emelia
SMS WA 012-9488265/ 012-8062841
ID SHAKLEE : 910243

LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI
BLOG : myladangvitamin.blogspot.com
PAGE : Ladang Vitamin

Saturday 21 September 2013

3 LANGKAH MUDAH TINGKATKAN METABOLISME


3 CARA MUDAH TINGKATKAN METABOLISME

1- Minum lebih air kosong
2-minum teh hijau
3- vitamin c

Info kredit to : master to be TNA

Mudah bukan? Kami menawarkan kebaikan ekstrak teh hijau dalam CoQ health dan Cinch tea mix...untuk apa metabolisme ni..

Metabolisme penting untuk mendapatkan tenaga , supaya badan lebih ringan dan cergas. Bila metabolisme tubuh meningkat, lebih banyak membantu membakar kalori utk berat badan yg lebih ideal

Sbb tu org yg nak kurus, selalu stress jgn miss amik vitamin C juga. Ia meredakan cortisol iaitu hormon stress yg menyebabkn kegemukan, minda yg serabut dan kurang fokus dan mencacatkan penampilan diri seperti jerawat dan sebagainya.

Jadi..uruskan stress dgn bijak. Jom amalkan vitamin C kerana baik utk kulit dan imuniti tubuh juga .

Wahh mudahnya meningkatkan metabolisme. Hanya 3 langkah mudah.

*vitamin C SR Shaklee bakal muncul hujung oktober. Dah ramai yg booking. Jom sape nak menyelit. Jgn pandang remeh pada promo ni sbb vitamin C bakal jadi rebutan lagi. Lambat alamatnya gigit jari

Pm je → Emelia 012-9488265
Id Shaklee 910243

Friday 20 September 2013

Vitamin C 500mg Sustaine release kini kembali !!!!!!!!!!

 Assalamualaikum...lega dapat kembali menulis kat sini walaupun agak lama tak menulis. Bukan tak nak mencoret , tapi dek kerana line internet kuasa kuda kepang yang beronar macam nak sawan pun adoooo....haishh dah lah kat sekolah problem wifi, balik rumah kadang line pun tenggelam timbul. Broadband pulak buat hal..Apapun syukur syukur dan senyummmmm ;)

Petang semalam lagi 1/2 jam ofis Celcom nak tutup syukurlah dapat gak menyempatkan diri ke sana sebelum tutup jam 5 petang. Apa taknya cip broanband tu rosak kot, sebab pakai dah 2 laptop dan pc tak boleh. Bayar tak miss tiap bulan huhu..banyak gak urusan tergendala ni kalo internet takde...fuhhh boleh naik minyak kita dibuatnya hehe. Bila pegawai yang bertugas cek, cip tu harus ditukar baru sebab dah lama nak masuk 3 tahun lebih ... Takde cas pun dan semuanya percuma.

 Bagi saya wifi di rumah dan brodband yang cucuk ni sama perlu jika salah satu buat hal dan bermasalah. Tapi bila 2/2 tak dapat pakai mak aihhhh bolehh tahan gak lah sukarnya.

VITAMIN C SUSTAINE RELEASE 500MG

Alhamdulillah, petang tadi dapat mesej dari Shaklee mengenai Vitamin C Sustaine Release yg akan kembali menemui pengamal tegarnya hujung Oktober ini. Sangat menarik bukan.. hingga dah tak tahu nak jawab macamana orang tanya kenapa mengapa bla bla bla semuanya pasal vitamin C 500mg Shaklee ni.

Jadi haruslah dapatkannya segera, nak booking awal2 pun boleh. Maklumlah dah lama kehabisan stok satu Malaysia ni.

Yelah kan mana tak hebatnya Vitamin C Sustaine release ni, hinggakan ada pihak yang borong hingga 800 botol dan rebranding (penjenamaan semula ) kepada nama lain...ewahhh banyak cantik.

Sebiji Vitamin C sustaine release ini bersamaan dengan 7 biji buah oren...agaknya tu lah pasal lama takde stok sebab pembekal nak kena tunggu pokok oren berbuah ranum kih3...memandai jer ;)

Vitamin C n  banyak manfaat nya untuk imuniti tubuh yang kuat dan sihat, mencegah penyakit skurvi, membantu penghasilan kolagen, sangat baik untuk resdung sebagai anti histamine dan disyorkan juga kepada pesakit darah tinggi ...kenapa ?? Haa sebab vitamin C bertindak sebagai gam pembuluh  darah supaya kuat dan tidak mudah pecah jika tekanan darah terlalu tinggi.

Lagi...orang yang stress dan nak diet nak slim gitu tak boleh tinggal Vitamin C tau..rugi lah sape yang tak suka vitamin C ni...lagipun produk kecantikan di pasaran banyak menggunakan vitamin C dalam produk mereka seperti krim kecantikan dan lain-lain. Kalo dah makan vitamin C secara konsisten, tubuh pun dapat mencegah selesema dan penyakit2 lain.. tak yah amik suntikan vitamin c dah bagai :)

ok lah mata pun dah berat ni..hari ni jadi mc majlis penutupan Minggu PSK dan kewarganegaraan, petang mesyuarat pulak.. den rasa mata ni dah stim sangat dah ni...kenyang pun sama kih3

Sampai jumpa lagi sahabat2 semua...terima kasih kerana sudi jengah coretan sya ni ..

* Line dah elok ni nak stetlekan oder customer yang tertangguh.. yang COD senang hntar ke rumah teruss. Bye2...mata dah berat sgt ni,a ssalamualaikum

-----------------

Saya pengedar sah Shaklee anda , Emelia Elza Jamaluddin 012-9488265
I d Shaklee 910243...boleh refer no id ni jika nak walk in beli sendiri kat mana2 branch Shaklee


Saturday 14 September 2013

ANGGUR MUSCADINE BAHAN UTAMA VIVIX


Info Vivix

Antara ramuan utama VIVIX ialah anggur muscadine . Anggur hebat ini adalah satu satunya anggur di alam semulajadi yg mempunyai lebih satu kromosom, yg mana ahli sains percaya mengukuhkan profil polyphenolnya dan berpotensi utk memanfaatkn kesihatan.

Mengandungi asid ellagik dalam kepekatan yg tinggi, satu phyto nutrient yg tidak dijumpai di dalam anggur jenis lain dan telah menunjukkan mpunyai ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan antibakteria.

Untuk mencipta profil polyphenol yang kuat didalam Vivix, ahli sains menggabungkan resveratrol yang lampautulen dengan ekstrak dari anggur ini, elderberry eropah dan carrot unggu.

Campuran inilah yang bertanggungjawab dalam banyak tindakan unik anti penuaan sellular Vivix.


LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI

PENYAKIT???? LARIIIIIIIII

Assalamualaikum dan selamat malam..dah masuk jendela 14 September 2013 ..bangun jap lepas tidurkan anak tadi..hehe Sabtu -Isnin cuti yeaayyy..alhamdulillah boleh lah rehat-rehat kat rumah , luangkan lebih  masa dengan anak-anak.

Teringat pulak saya masa belum ada anak dulu (6 tahun jugak tunggu rezeki) , ada seorang ustzah sekolah tempat saya mengajar berkata kepada saya, agaknya dia selalu tengok saya kurang happy dan suka buat muka sedih kot hihihi..ye lah mana tak sedih kan bila kita menunggu rezeki cahayamata sendiri ni.

Nak tahu apa dia kata..k.Emi jangan stress bila fikirkan nak anak, sebab orang yang dah ada anak pun stress, orang yang belum kawen pun stress. Eh betul juga kata dia kan. Lepas tu saya berazam insyaAllah tak mo stres stres lagi dah. Buang masa aje.

Tu bab stress. Cakap plak bab penyakit. 2-3 hari ni ada cucu bisnes mengadu tak ppuas hati, sebab ada orang suka kondem dia. Bagi saya, orang yang PENYIBUK suka cara hal orang dan suka KONDEM orang ni hobi kot. Hobi nak isi masa lapang dia. Haa orang macam ni sebenarnya saja nak bagi PENYAKIT DIA kat kita. Jadi pesan saya, tak yah terima ppenyakit  tu dan tak yah terkesan lah dengan penyakit dia nak bagi tu.

Nak tak penyakit orang dapat kat kita? Tak nak kan..jadiiiiii tak yah terpalit dan simpan dalam hati. Abaikan saja penyibuk2 tu. 

Jom fikir positif, sebut perkara-perkara yang baik-baik saja,  fikir yg baik2 saja, insyaAllah yg dtg pun perkara yg baik2 aje. Mari fokus pada matlamat kita, dari buang masa fikir atau fokus  pada masalah. 

Jom sebelum tidur, niat nak jadi  lebih baik esok hari. Semoga hari esok lebih baik dari hari2 sebelumnya.

Salam sayang, EEJ


Thursday 12 September 2013

DOA TAMBAH SUSU IBU


Assalamualaikum mommies..dah mencuba pelbagai petua nk banyakkan susu ibu, tapi masih lum berhasil ?

Dah minum air 2-3 liter sehari ? dah amalkan sup lobak putih atau sup sawi? Hmm kawan saya cakap kalo minum jus lobak merah plus susu ( carrot susu) pun susu boleh banjir.

yang penting ibu tak stress dan sila lah jangan stress. Sebab stress ni ganggu kestabilan hormon gak dan penghasilan susu pun turut terjejas.

Amalkan konsep demand dan supply. Haa macamana tu? Kerap kosongkan payudara selepas menyusu, nak direct feeding baby atau perah terpulanglah. Sebab bila payudara dikosongkan, otak menghantar isyarat kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak lagi susu.

Cara lain teknik power pumping, iaitu pam/perah susu sejam sekali selama 10 minit. Katalah kita start jam 10 pagi, perah susu sebelah kanan 10 minit  rehat dan pam plak sebelah kiri 10 minit. Pastu ulang lagi proses ni . Biarlah perah pada awal x de susu pun takpe. Teknik ni juga sesuai untuk relaktasi iaitu panggil susu ( bagi yang nak menyusukan anak tapi takde susu dah) lama -lama susu akan keluar terhasil juga nanti. Waktu ni perlukan kesabaran dan sokongan insan terdekat seperti suami dan anak-anak.

Jangan lupa sebagai muslim kita hendaklah berdoa bermunajat semoga Allah permudahkan urusan kita dan menambah susu yang mencukupi. Kat sini saya nak kongsi doa menambah susu ibu. jom kita amalkan ;)



Jom amalkan doa ni ye mommies..amalan rohani pun penting gak. Sama penting dengan keperluan jasmani kita.

Hepy sharing :)

Salam sayang, 
Emelia Elza Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee anda ke seluruh Malaysia
Id 910243
012-9488265

LADANG VITAMIN- MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI


PERLU KE VITAMIN GANTIKAN MAKANAN SEMULAJADI??

SUPPLEMEN  VS MAKANAN SEMULAJADI. PERLU LAGI KE VITAMIN SEMUA NI WALAUPUN DAH ADA MAKANAN SEMULAJADI ??

Ok saya just nak share adakah kita masih perlukan vitamin untuk dapatkan khasiat makanan seperti supplemen semua tu? Kan dah makan buah dan sayuran semua tu. Apa nak kena tambah lagi ke..?

Jawapannya terpulang pada anda. Diri anda..tubuh anda , anda yang tentukan. macam saya lah, tak semua vitamin saya telan setiap hari, kadang adjust sendiri ikut keperluan  sebab kita adalah apa yang kita makan.

Jom baca jap ni :

1-ZINC - terdapat pada kerang=kerangan dan tiram yang mana cukup terkenal dengan kolestrol yang tinggi. agak-agak banyak mana kita sanggup telan tiram untuk dapatkan khasiat ZINC ?

-Zinc berkhasiat merawat rambut gugur, masalah tenaga lelaki dan kesuburan, menjaga kesihatan prostat, membentuk kolagen, memulihkan luka, bantu penghasilan insulin. (agaknya kalo telan tiram bebanyak dapat ke insulin ntah2 kolestrol makin tinggi ;)

2-B COMPLEX - terdapat pada keluarga hati. hati ayam, lembu dan sebagainya. Rasul pun tidak menggalakkan makan organ dalaman ye tak? Gelap hati katanya. Wallahu a'lam juga membuatkan sakit dalaman. nak tambah darah orang suruh makan hati banyak-banyak, sanggup ke nak telan hati berkilo setiap hari. Sebab pengambilan bahan-bahan organ dalaman ni pun tak baik untuk kesihatan. kan senang telan jer B COMPLEX ?

Sebiji sehari saja dan fakta menarik tentang B COMPLEX :
- bersifat meredakan saraf, sesuai untuk anti stress, vitamin saraf yang terunggul, untuk kecantikan anti keradangan ,mengandungi asid folik, penambah tenaga, membantu menukarkan makanan kepada tenaga, sesuai untuk pesakit darah tinggi dan migrain, kekurangan vitamin B boleh menyebabkan ulser mulut.  Soalan saya, tergamak ke nak telan hati ayam berkilo-kilo untuk dapatkan keluarga vitamin B1-B12 ni ?

3-OMEGA GUARD - minyak omega 3 banyak terdapat pada ikan laut dalam. yang ni tak nak cakaplah sebab namanya pun kat laut dalam dan kandungan minyak Omega tinggi bila mentah. Dah tu tergamak ke nak telan ikan laut dalam hidup-hidup hihi.

Omega guard khasiat untuk : menurunkan paras kolestrol, baik untuk sel-sel otak berhubung, menguatkan paru-paru, anti inflamasi sendi,  jadi ia sangat baik kepada pesakit darah tinggi kerana mendapan kolestrol mengganggu kelancaran aliran darah, baik untuk penghidap astma dan lelah, ekzema, melindungi kolagen dan melancarkan darah.

4-GARLIC - garlic Complex Shaklee ada allisin. Allisin terhasil daripada cincangan halus bawang putih. Soalan saya, ada sesape yang nak makan cincangan bawang putih tu begitu saja? huhu saya tak rasa jeruk bawang putih masih ada khasiat tersebut. Bahkan allisin mudah hilang musnah apabila memasak. jadi mana nak dapatkan allisin?

Telan saja Garlic Complex Shaklee kan senang, proses pengeringan terkawal suhu bagi memelihara kualiti allisin itu tadi.

Khasiat garlic Shaklee: melancarkan darah, menurunkan tekanan darah, antibiotik semulajadi.

Hmmm ada sangat banyak nak share..tapi masa pun kena bagi bagi gak . InsyaAllah nanti sambung lagi...

ooh ya..VITAMIN E COMPLEX pun sangat bagus, anti oksidan yang tinggi, disyorkan pesakit kanser selepas rawatan untuk mencegah kanser dari berulang dengan dos yang tinggi.

Tapi tahukah kita Vitamin E semulajadi boleh didapati dari :  1 kg biji gandum, 500ml minyak sunflower, 8 kilo sayur bayam atau 500gm badam. Agak-agaknya sanggup tak kita telan 8 kilo bayam untuk dapatkan khasiat sebiji vitamin E Shaklee? 8 kilo bayam tuuuuu....dah ler ada selenium sunblock semulajadi, patutlah krim kecantikan banyak pakai vitamin E ye tak, termasuk sabun mandi bagai.

Dan yg agak mengecewakan vitamin C yang ditunggu-tunggu 500mg masih belum kunjung tiba. Tahukah anda sebiji vitamin C itu bersamaan 7 biji bauh oren yang dimakan setiap sejam? Rajin dan tekunkah kita nak makan oren sebiji sejam sebanyak 7 biji sehari?  Wahhh ceri beri dibuatnya (cirit birit) huhuhu...

Kan mudah kalo kita makan dengan ilmu..Buat semua pelanggan setia LADANG VITAMIN feel free to contact me jika ada sebarang masalah berkaitan supplemen dan konsultasi percuma. Jangan segan-segan ye..beli dah pakej tu....percuma konsultasi.

EMELIA ELZA JAMALUDDIN
ID SHAKLEE 910243
SMS WA 012-9488265

LADANG VITAMIN- MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI

Sunday 8 September 2013

COQ HEALTH PLUS : SUPPLEMEN KESIHATAN JANTUNG

Assalamualaikum..hari ni dah 8 September 2013..bulan nak jaga kesihatan jantung .maklumlah lepas raya ni macam-macam masuk dalam perut kan kan..

Sesuai sangat lah dengan promo bulan ni CoQ Health Plus..supplemen menyokong kesihatan jantung.

Untuk  kesuburan, kecantikan kulit, menguatkan otot-otot jantung supaya bertenaga mengepam darah ke seluruh tubuh, istimea untuk yang obesiti sedang berusaha menurunkan berat badan kerana ia mengandungi ekstrak teh  hijau gitew.

Lagi apa yang best dan menarik tentang CoQ health plus ni..jom kita tengok ;)


PENGENALAN: CoQ10
-------------------------
~ Merupakan nutrien larut lemak yg terletak di mitochondria (dlm sel) utk tukar kepada tenaga
~ Terdapat banyak pada JANTUNG

FUNGSI TERBAIK CO Q HEALTH PLUS
----------------
1) Untuk kesihatan jantung dan peredaran darah yang SIHAT..
Bukan utk org sakit jantung je tau..kita semua perlukannya..

SEBAB:
Jantung kita ni akan pam darah/ berdenyut 100ribu kali sehari..apa akan berlaku kalau terhenti ATAU tersekat disebabkan lemak2 yg berkumpul di salur darah..YA, darah akan jadi tinggi dan ganggu kesihatan jantung..

SIMPTOMS:
- Kebas2 dihujung jari tangan dan kaki sebab darah tak sampai..
- Migrain/ sakit kepala dan loya sbb drh tak sampai ke otak..
- Keletihan kronik

2) Untuk kulit KUSAM (ni yg paling TERUJA bila dengar)
- dlm setiap tablet ada CoQ10, Q10 ni mmg ada pada produk kecantikan (haa cuba tgk moisturiser masing2)..Q10 ni utk halang sinar UV secara terus menerus..Tambahan pula CoQHealth ni ada VIT E (antioksida: utk salur darah yg sihat)
- Ganti SUNBLOCK..nanti tak payahla nak tepek sunblock dan moisturizer dah..dah lengkap dah utk perlindungan matahari..Untuk keseluruhan badan tau..kalau SUNBLOCK, muka dan tangan je..

3) Untuk tingkatkan TENAGA dan kesuburan
- CoQHealth ada gabungan Teh Hijau..sgt bagus utk blood circulation dan antioksida..nutritionist SHAKLEE cakap, tu sebab org Cina ada teh cina..untuk peredaran darah yg baik..Oksigen semua sampai ke seluruh tubuh..

Kalau tak nak ambil CoQHealth, ada tak NATURAL??
----------------------------------------------------------
ada, pilih la salah satu ni:
- Daging 850g
- Ayam 1.7kg
- 1 botol besar peanut butter

ATAU hanya dengan
1 biji CoQHealth = 28mg = 1 hari

MUDAHNYA!!
 Haa saya pun dah try CoQ Health Plus ni. Sangat disyorkan kepada pesakit  darah tinggi, pesakit migrain yang kronik, bukan untuk pesakit jantung sahaja ye...nak cantikkan kulit yang kusam pun boleh cuba coQ Health plus ni, nak kurus pun boleh cuba ni. 
Harga? Nama pun bulan ni promo CoQ health plus kan sah-sah lah sangat murah dan berbaloi. Sebotol untuk sebulan makan  hanya sebiji sehari. 
Nak dapat harga jimat rebut bulan ini sahaja ye...sayaa ulangi bulan September 2013 sahaja. Jangan tungggu abis stok baru nak order, kang gigit jari x dapat den nak tolong hehehe ;)

Saya pengedar sah Shaklee anda, penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Id Shaklee 910243
SMS WA 012-9488265

LADANG VITAMIN- MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI

Tuesday 3 September 2013

TANDA-TANDA JANTUNG BERMASALAH

Assalamualaikum..


hari ni 3 September 2013..pejam celik pejam celik dah bulan 9 rupanya. Promo bulan ni special untuk pesakit jantung, atau penghidap darah tingggii kerana supplemen yang dipromosikan bulan ni adalah produk baru Shaklee launch Jun lepas.


Sebelum saya nak kupas tentang innfo  CoQ10 Health plus ni apa kata kita ketahui apakah simptom dan tanda-tanda serta gejala penyakit jantung yang harus kita ketahui . Jom scroll bawah lagi

A. Gejala Penyakit Jantung


Berikut ini gejala-gejala penyakit jantung

1. Sering Keletihan


Jika Anda kerap merasa letih walaupun  tidak melakukan aktiviti berat. Ini mungkin menjadi petunjuk adanya masalah pada jantung. Rasa letih ini juga sering dirasakan saat bangun tidur.


2. Sering Berpeluh


Umumnya seseorang berpeluh selepas olahraga atau saat cuaca panas. Namun jika anda mudah berkeringat, meski tidak melakukan apapun, kemungkinan jantung anda bermasalah.


3. Mual /loya berlebihan


Gejala gangguan jantung diawali dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih.


4. Merasa Cemas dan Tegang


Banyak yang meyakini, serangan jantung bermula dengan trauma. Mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kecemasan psikologi dan stres yang menyebabkan serangan lebih sering.


5. Nyeri /sakit pada bahagian tubuh


Rasa nyeri atau sakit menjadi petanda kuat penyakit jantung. Pada kaum lelaki, rasa nyeri dirasakan di bagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, bawah siku, dan leher. Nyeri di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan kerana terjadi penyumbatan arteri.


6. Sakit di dada


Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh tubuh tidak lancar. Kondisi ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.


7. Sakit kepala

Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala saat terkena paparan cahaya. Ini berpengaruh pada denyut jantung, entah itu berdenyut lebih lambat atau lebih cepat.

Terutama pada wanita yang sering mengalami migrin atau gangguan visual, setidaknya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Bisa jadi ini merupakan gejala perkembangan penyakit jantung. Demikian menurut studi yang diterbitkan American Academy of Neurology. Menurut peneliti, ini terjadi kerana penyimpangan kitaran darah yang menyebabkan sakit kepala teruk.



8. Denyut jantung tak teratur

Jika anda mengalami denyut jantung tak teratur, ini patut diwaspadai .Denyut jantung tak teratur umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada katup jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada katup sehingga menyebabkan kebocoran.


9. Sesak nafas


Sesak nafas disebabkan kerana penebalan pembuluh darah yang menghantar darah ke seluruh tubuh. Ini juga mengakibatkan denyut jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada injap jantung.


10. Pembengkakan Kaki dan Perut


Pembengkakan terjadi ketika cairan berkumpul di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada katup jantung.



sumber diolah dari: Gejala Penyakitmu 

---------------------------------

Sempena bulan promo CoQ health plus ni jom dapatkan supplemen menyokong kesihattan jantung anda. Bagi yang sering keletihan dan selalu mengalami migrain berhati-hatilah kerana bimbang ianya signal anda mengalami masalah jantung. Perhatikan gejala-gejala seperti kerap berpeluh dan bengkak kaki secara tiba-tiba atau seperti senarai di atas. Apabila mengetahuinya lebih senang untukkita bertindak dan menangani masalah dan mencari penawar.


CoQ health plus dan kombinasi cadangan bersama OMEGA GUARD  membantu menjaga kesihatan jantung, merendahkan kolestrol. Rajin-rajin cek simptom ni semuanya ya. Banyak faedah jika dapat mencegah dan merawat dari awal, kosnya pun takdelah mahal sangat berbanding buat pintasan jantung semua ye tak.

Jalani hidup yang lebih sihat. Pilihan di tangan anda.

Berminat hubungi saya pengedar sah Shaklee anda :

Emelia Elza Jamaluddin
Id Shaklee 910243
012-9488265

Page Fb: LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI