Tuesday 17 December 2013

KELEBIHAN ISTIGHFAR

Alhamdulillah majlis perkahwinan adinda lelaki saya (anak kelima dalam keluarga) berjalan lancar dan hari cerah , syukur alhamdulillah. Menariknya kali ini dengan permintaan orang kampung kami gotong royong memasak. Sebelum ini dah 2 kali katering masa perkahwinan 2 orang adik saya yang lalu.

Memang warga kampung mengotakan janji mereka, hadir bergotong royong  memasak untuk jamuan kenduri. Apapun saya syukur kerana Allah telah menunjukkan hikmah dalam kejadian kenduri baru-baru ini.

Tak apalah, saya tak selesa untuk ceritakan di sini. Cukuplah ia jadi sempadan dalam diri saya dan keluarga..ecehhh ayat tu suspen betul..ok ok hanset saya hilang dan saya dapat kembali. Fullstop.

jangan tanya macamana saya dapatkan. Siapa punya angkara ok?..Pagi ni saya nak share kelebihan istighfar, masih terngiang ngiang pesanan bonda mertua saya yang dah seperti ibu sendiri. Mak pesan setiap dari kita hendaklah beramal walaupun sedikit seperti surah alfatihah. Jika dibaca amalkan setiap hari ia menjadi doa.

Amalan ini jangan lah kita tinggalkan seperti kita tak tinggal makan nasi. Buat setiap hari. Sikit tak apa janji ada

Antara yang ringan dan sangat simple diamalkan ialah istighfar. Lazimi lah istighfar setiap hari walaupun kita sering alpa dan bergelumang dengan dosa.

Istighfar itu meminta ampunan dari Allah . Allah suka pada hambaNYA yang selalu memohon ampun . Bertaubat lah setiap hari kerana pintu taubat sentiasa terbuka. jangan kerana setiap hari bergelumang dosa kita enggan beristighfar kononnya tak layak. Abis tu nak tunggu bagi cukup point ke baru nak istighfar? Kang tak sempat naya je mati katak kan...

Buat sahabat sahabat blog saya dan pembaca budiman, renungilah hadis dari riwayat Abu Daud ini megenai kelebihan istighfar.



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.

                                                                            hadis riwayat Abu Daud

WAHAI ORANG YANG SAKIT BETISTIGHFAR LAH

WAHAI ORANG YANG BERHUTANG BERISTIGHFAR LAH

WAHAI ORANG YANG DALAM KESUSAHAN BERISHTIGHFAR LAH

WAHAI ORANG YANG MISKIN , BERHUTANG BERISTIGHFAR LAH

LAZIMI LAH ISTIGHFAR DALAM SUSAH SENANG MU




Santapan rohani pagi Selasa ini buat saya dan kita semua. Semua yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.


EMELIA ELZA JAMALUDDIN  # LADANG VITAMIN # 012-9488265

No comments: