Monday, 15 April 2013

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya

Assalamu alaikum..hari ni saya nak sembang pasal kepentingan Lecithin dalam kehidupan kita , kepentingan, fungsi dan manfaatnya buat kita. Terima kasih pada Ummi Irfan ye atas info ni.

-------------------------------------------------------------
  • Kepentingan Lecithin :
    Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

    Kandungan Lecithin :
    • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
    • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
    • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
    • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

    Kegunaan Lecithin :

    PALING UTAMA
    • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
    • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
    • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
    • Membantu kawal paras triglycerides.
    • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
    • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

    PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
    • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

    UNTUK WARGA TUA
    • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
    • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

    UNTUK PENGHADAMAN
    • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

    UNTUK SEL
    • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
    • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

    UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    •  
    • ---------------------------------------------
    •  Haa..jangan tak tahu ye..Lecithin antara hot item di Shaklee. Sebab baik untuk otak, jantung , ibu menyusu bertuah sebab bila makan Lecithin secara automatik anak pun dapat yg disalurkan melalui susu ibu. Sebab itu anak2 yg menyusu ibu (yg makan Lecithin /Omega ) pintar dan cergas dengan izin Allah.
    •  
    • Nak sihat dan jaga kesihatan dari sekarang>>>>
    • Pm saya Emelia Elza Jamaluddin  
    • sms/whatsapp/line 012-9488265  
    • Page Fb: Ladang Vitamin
    • Blog : My Ladang Vitamin
    •  
    •  

No comments: