Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Saturday, 7 March 2015

SEGENGGAM NASI JIKA NAK MAINTAIN, KURANG JIKA NAK KURUS

Ada jugak macam ni ek.. hahaha...
haa sebenarnya kita selalu risaukan bila lihat orang lain lebih cantik, kurus, slim, tidak menggeleber dan anjal tapi tahukah kita..atau kita ambil tahu tak banyak mana atau apa kah perkara yang dia buat untuk mengekalkan berat badan nya yang menawan tu. Ofkoslah fisrt of all kena jaga makan, bak kata Kevin Zahari nasi segenggam kalau nak maintain kan berat, dan kurang dari segenggam jika nak turunkan berat badan. Ahaaaa bab ni den lomah betoi..kadang dah elok segenggam kemudian menambah semula ..hahahha

sendiri mau ingat lah ye tak..oho..satu lagi kita pun kena rajin bersenam jugak lah..dah nak kurus camana mana lepas makan bawa baring..aiyaaarkkk..suri rumah jarang berbadan besarkan..lepas makan cuci pinggan dulu.. nyapu sampah pulak...basuh kain...jemur kain...lipat kain...pendek kata pergerakan tu sangat banyak..haaa semua orang boleh sebenarnya..nak dengan tak nak je ye tak ?

Cakap pasal gem ni...(gemok) kadang kadang berpunca daripada suka makan jajan atau benda yang merapu. Benda macam ini lah yang takde khasiat tetapi kalori tinggi.. Bila cenderung nak makan benda tak berfaedah ni ,bermakna tubuh kita kekurangan potassium. POTASSIUM ada pada pisang, atau buah kurma. Kalau tak ada bekalan keduanya, jom cuba ambil 2 biji Vita lea sehari. Khasiat multivitamin dengan iron /zat besi dan mineral  ini seumpama kita makan 40 jenis hidangan ! Bukan dari sudut obes nya tetapi dari segi khasiatnya ! Wahhh..banyakkan tu..


Botol besar tu dewasa punya ada 120 biji..merupakan multivitamin paling pantas terlarut di dunia.. sbelahnya pulak ialah Vita lea for children..diformulasi khas untuk kanak kanak se awal 4 tahun ke atas. Zink, vitamin A, B,C,D,E semua ada dalam ni trmasuk kalsium.

Berita baiknya bulan Mac sehingga 28 Mac ini promosi hebat Vita lea kanak kanak beli 3 percuma 1.
Apa ? Macamana nak dapatkan supplemen Vita lea ni..ok..ia boleh didapati dengan Shaklee atau terus dari saya pengedar Shaklee Temerloh, Mentakab, dan Bera. Penghantaran melalui poslaju juga ke seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. 

CARA BAYARAN 

1601 6609 1682  MAYBANK 

10043020087442  BANK ISLAM 

(EMELIA ELZA BINTI JAMALUDDIN )

SMS BUKTI BAYARAN KE : 012-9488 265 ATAU EMEL KEPADA jrjef4@yahoo.com

maklumat poslaju :

1)NAMA PENUH :
2)ALAMAT POSLAJU:
3)NO TELEFON :

Ok lepas ni tak yah risaukan orang lain dah...bela badan sendiri je hahaha.

Wednesday, 17 December 2014

11 TANDA ANDA MULA MEMERLUKAN KOLAGEN

Tahukah anda ? Kolagen membentuk 90% protein matriks tulang tulang dan dua pertiga dewasa tulang rawan artikular. Semakin meningkat usia, kolagen di dalam badan semakin berkurangan. Pengurangan kolagen akan menyebabkan pembentukan kedutan dan munculnya tanda tanda penuaan yang lain . Mari kita lihat .









11 TANDA ANDA MULA MEMERLUKAN KOLAGEN
1)Rambut kering dan bercabang Perhatikan jika anda mengalami masalah rambut bercabang atau kering ini menunjukkan anda mungkin memerlukan kolagen.

2)Pori pori besar , bintik hitam, jeragat. Masalah ini biasa ditakuti oleh wanita kerana boleh mengurangkan keyakinan diri.

 








3)Tulang kekurangan kalsium, risiko osteoporosis. Bila ini terjadi, 
wanita muda lebih cepat bongkok dan mudah mengalami patah tulang jika terjatuh atau kemalangan. Pesakit juga mungkin sering mengalami sakit belakang.

4)Hilang keanjalan kulit, otot mula mengendur. Apabila semakin berusia, kurang senaman dan penjagaan maka otot dan kulit mula melendut. Kolagen dapat membantu menganjalkan kulit dan memeliharanya dengan kelembapan.



5)Sakit sendi, penuaan . Jika sakit sendi mengganggu pergerakan anda, anda mungkin memerlukan kolagen bagi melicinkan sendi dan rawan.

6)Kuku mudah pecah, kurang bersinar. Masalah kukuh rapuh dan pecah boleh dirawat dengan pengambilan kolagen secara teratur.

7)Organ dalaman kurang berfungsi

8)Payudara hilang keanjalan. Tapi awas ! anda mungkin juga sudah lama tidak bersenam .

9)Sakit gigi dan seumpamanya. Apabila bekalan kolagen semakin kurang, akan timbul masalah berkaitan gigi. Tentu anda rasa tidak selesa bukan.

10)Mata sembap, kabur,lingkaran hitam (mata panda). Tanda tanda anda kurang kolagen juga ialah lebam di bawah mata. Tapi awas...nasihat saya, anda juga mungkin terlalu lama menatap skrin tv/laptop/komputer/tab dengan kadar waktu yang terlalu lama. Bila ini berlaku anda akan melebamkan bawah mata anda, sadis bukan? Di samping itu, sedikit tips untuk anda, berehatlah dari skrin komputer selepas 30 minit anda menggunakannya. Rehatkan mata anda dengan pergi ke dapur serta minumlah segelas air kosong atau alihkan pandangan anda seketika dan pejam mata . Tips lain, pengambilan kolagen yang mencukupi juga membantu merawat masalah ini.



11)Kulit berkedut. Masalah kulit berkedut juga dikaitkan dengan hilang kelembapan kulit, kekurangan air atau mungkin sahaja anda kekurangan kolagen. Kolagen Shaklee dapat membantu menjaga kelembapan kulit.


Dan tentunya di usia 36 tahun ini saya memilih Shaklee Collagen Powder. Pejam celik pejam celik dah masuk 2 tahun saya ambil kolagen ni. Mula mula ambil time promo. Wahh memang teruja melihat hasilnya. Yelah..sehari dua makan memang lah tak nampak hasilkan. Ramai kawan kawan saya yang dah cuba 5 sachet dan mereka sangat berpuas hati. Biasa yang dah cuba mesti repaet order .

Kalau anda nak tahu kelebihan kolagen Shaklee ni kena lah cuba sendiri. Pasti anda berpuas hati dan tidak menyesal. Melabur sedikit untuk diri anda sendiri ye tak.

tadaaa..inilah kolagen pilihan saya ;)

Yang bestnya promosi giler giler sempena akhir tahun 2014. Jika ahli jimat hingga 25%..wahh sape nak bagi kan. Anda boleh pilih nak promo Vitamin E ke..Vitamin C atau kolagen..atau nak rembat 3/3 pun boleh ..
 
Bulan ini triple promotion dengan 3 promosi serentak.

Vitamin E beli 6 percuma 1 botol

Vitamin C beli 6 percuma 1 botol

Kolagen Shaklee beli 3 percuma 1 kotak


  
Dapatkan suplemen kegemaran anda . Tempah sekarang sebelum kehabisan stok. lambat gigit jari tau..ramai yang merebut nak cantik dan awet muda..  Saya doakan anda semua menjalani hidup yang sihat  dan gembira bersama yang tersayang .

Saya pengedar Shaklee Malaysia. COD area Temerloh, Mentakab- Pahang.

INFO & ORDER

Emelia Jamaluddin

SID 910243
012-9488 265

Friday, 12 December 2014

8 TIPS CEGAH ULSER MULUT


Ada orang panggil sakit mulut. Ada yang cakap melepuh mulut . Ada yang kata telaga buruk, ada yang sebut kudis mulut, kudis sepupu..eh macam macam gelarannya ye.  Haa..adakah ulser mulut ini sering mengganggu keselesaan anda? nak mnum air pun susah? nak telan air liur pun seksa..

Apakah punca ulser mulut ? Ulser mulut terjadi sebab kurang minum air?

Badan panas dalam ?

Luka luka di mulut sebab minum air panas ?


Dulu saya selalu dapat ulser mulut sehingga tekak dan tonsil bernanah. Sebulan wajib kena sekali atau 2 kali.  Kalau kena hari Rabu, Rabu depan belum tentu baik lagi. Dan akhirnya saya terpaksa telan antibiotik atas saranan doktor.

Saya kaji di internet, bincang dengan kawan kawan group shaklee cari punya cari saya dapat pengajaran. Dan dengan sukacitanya saya ingin berkongsi dengan sahabat pembaca semua 8 TIPS  MENCEGAH ULSER MULUT  (DENGAN IZIN ALLAH )

1) Menjaga kebersihan mulut ;kerap berkumur dengan mouthwash seperti listerine atau colgate tu untuk matikan kuman.

2) rendam berus gigi dengan air suam panas 2 kali seminggu pun untuk matikan kuman.

3) tukar berus gigi setiap 3 bulan bagi elakkan kuman membiak

4) makan vitamin C dan B complex untuk imuniti. Kerana kekurangan kedua duanya menjadi sebab kepada sistem pertahan tubuh lemah dan terjadi ulser mulut bagi sesetengah orang.

5) diperingkat teruk, jangan ambil makanan terlalu panas sebaiknya tunggu sejuk dahulu. Dan jangan ambil makanan pedas kerana akan menyebabkan ulser makin luka. Jadi pedas dan panas stop dulu.

6) legakan tekak atau ulser anda dengan aiskrim vanila. (petua encik doktor)

7) elakkan menjerit kuat kuat kerana tekanan pada anak tekak akan mengakibatkan tonsil bengkak.

8) baca doa surut bengkak

Selebihnya serahkan kepadaNYA.
Saya amalkan perkara di atas sejak 2012 alhamdulillah berkesan kepada diri saya. Sebarkan maklumat ini jika anda rasa ia memberi manfaat kepada orang lain.

Monday, 13 October 2014

BAGAIMANA NAK TEGANG DAN ANJAL TANPA KOLAGEN SHAKLEE

Selamat petang semua sahabat...alkisahnya petang tadi potostat ic sebab nak bagi pada PT (pembantu tadbir) urusan e pangkat.. ahaaa..yang best nya kebetulan petang ni 2 orang menegur saya bila tengok ic dah buruk..tak cermat tu ye lahh satu hal.. yang buat saya nak terbang tu sebab katanya eh nampak muda...jeng jeng jeng...(seperti biasa perasan bagus lah hahahaha)...tak lah gurau je..sebenarnya usia dah masuk 36 tahun ni..kalo nombor tu dibundarkan tak ke aal 40 an dah...kan kan...ok bukan tu pokoknya donggg

Sempena bulan lepas September promo kolagen Shaklee, dan bulan ni Oktober ESP..wahh, ada yang gembira sangat bila ESP promo bulan ni..haaa..mari saya nak share kenapa jika tak mampu beli Collagen kita boleh cover up dengan vitamin lain

Saturday, 21 September 2013

3 LANGKAH MUDAH TINGKATKAN METABOLISME


3 CARA MUDAH TINGKATKAN METABOLISME

1- Minum lebih air kosong
2-minum teh hijau
3- vitamin c

Info kredit to : master to be TNA

Mudah bukan? Kami menawarkan kebaikan ekstrak teh hijau dalam CoQ health dan Cinch tea mix...untuk apa metabolisme ni..

Metabolisme penting untuk mendapatkan tenaga , supaya badan lebih ringan dan cergas. Bila metabolisme tubuh meningkat, lebih banyak membantu membakar kalori utk berat badan yg lebih ideal

Sbb tu org yg nak kurus, selalu stress jgn miss amik vitamin C juga. Ia meredakan cortisol iaitu hormon stress yg menyebabkn kegemukan, minda yg serabut dan kurang fokus dan mencacatkan penampilan diri seperti jerawat dan sebagainya.

Jadi..uruskan stress dgn bijak. Jom amalkan vitamin C kerana baik utk kulit dan imuniti tubuh juga .

Wahh mudahnya meningkatkan metabolisme. Hanya 3 langkah mudah.

*vitamin C SR Shaklee bakal muncul hujung oktober. Dah ramai yg booking. Jom sape nak menyelit. Jgn pandang remeh pada promo ni sbb vitamin C bakal jadi rebutan lagi. Lambat alamatnya gigit jari

Pm je → Emelia 012-9488265
Id Shaklee 910243

Wednesday, 14 August 2013

MAKAN MAKAN RAYA : MENGANCAM KESIHATAN

Alhamdulillah, dah 7 syawal 1434 H. Syoknya raya time cuti sekolah 2 minggu pulak tu. lepas ni bersedialah sekolah ganti ye hehe.

Pada 5 Syawal lalu kami ziarah sahabat di taman seberang Temerloh, Pahang. Tak sangka plak dapat jumpe kawan yg rupenya dah berjiran dengan sahabat saya ni skian lama. Depan rumah plak tu. Alhamdulillah 16 tahun tak jumpa , last kami bertemu abis sekolah umur 19 tahun huhu..skang masing2 dah berkahwin dan mempunyai anak2.

Lepas ni kalo ziarah umah kakak sorang ni, boleh lah langsung terus ke rumah kawan saya yg sorg lagi ni. kecik je dunia ni kan. Maklumat berhubung via facebook, tq Allah, good job facebook ;)

Rezeki raya pertama dapat menikmati buah durian, wahh langsung tak sngka balik cuti raya ni dapat pekena durian pulak. Mak aihh...

Oh ya..dalam pada seronok beraya makan2 dan menziarahi saudara mara dan sahabat handai jgn lupa kesihatan diri. maklumlah kita ni masuk macam2 dlm perut time Syawal ni, kurangkan makanan berlemak, berminyak, kurangkan garam dan gula dalam makanan dan minuman.

Elakkan baring2 landing2 lepas makan, elakkan tidur lepas makan kerana ia mengganggu sistem percernaan dan melmbatkan penghadaman. yang sadis lagi bila tabiat tidur lepas makan dikaitkan dengan punca sakit lemah jantung! Haa sebut jantung2 ni semua tak nak sakit kan..kan..kan..

elakkan juga minum ais atau air terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan minyak dan lemak makanan melekat di dinding arteri . Jika ia kerap berlaku akan mengganggu kelancaran darah seterusnya mengundang lambakan kolestrol, dan menyebabkan tekanan darah tinggi dan kencing manis iaitu ibu segala penyakit.

Saya teringat kata2 bekas Perdana menteri kita Pak lah, apa bila ditanya mengenai bagaimana beliau menjaga kesihatan beliau menjawab, jika dah ambil kuih muih yg manis saya tidak akan menambah gula lagi ke dalam minuman. Cukup kopi atau teh tanpa gula..haa boleh ke kita ikut cara beliau  ni hihi. Sebab kita ni suka yg sedap2 je kan.

Pernah juga saya mendapat tips dari seorang teman memberitahu, jika ingin sangat menikmati air manis seperti air berkarbonat yg mempunyai gula yg tinggi, campurkan dulu air tersebut dalam gelas dengan air 0 yg banyak, tawar2 kan rasanya dulu.  Sebab bila kita minum air yg manis, kemudian bilas dgn 2-3 gelas pun tak jadi dah sebab gula tadi dah meresap ke aliran darah kita. jadi minum air banyak lps tu pun tak jadi apa dah.

Saya harap sahabat2 , saudara mara dan kaum keluarga semuanya sihat dan jagalah kesihatan, banyakkan pergrakan yg boleh mengeluarkan peluh dan membantu pengaliran darah yg lancar.

ada banyak cara untuk sihat, kalo saya sendiri makan supplemen utk bantu kelancaran darah, kalo dah takdir sakit juga tu nak buat camanakan. Yg penting berusaha jaga kesihatan, kalo rasa makan banyak benda berlemak dan berminyak tu saya amik Lecithin Shaklee lebih sikit. Atau Omega Guard. keduanya berfungsi buang bakar lemak . Bila saluran darah lancar insyaallah badan pun sihat sebab organ tubuh berfungsi dengan baik.

Oh ya kalo nak membuang toksin dan detoks tu boleh amik Alfalfa , mmg terbaik jika dikombinasi dengan Lecithin /Omega tadi.

Kalo nak supplemen atau nak dapatkan konsultasi supplemen apa yg patut di makan mengikut kesesuaian anda, boleh hubungi saya Pn Emelia di talian 012-9488265..sms atau WHATSAPP je..

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Sebarang pembelian dari saya akan mendapat tips dan konsultasi percuma.

Dah hampir setahun saya menjadi ahli Shaklee ni, apapun centa dan suka dengan supplemen nya huhu..semuanya nak di cuba dan ternyata berkesan, sihat dan selamat dengan izin Allah.

Emelia Elza
Id Shaklee 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI


Thursday, 25 July 2013

7 CARA KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI TANPA UBAT


Tekanan Darah (Hypertension)

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

  • Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
  • 140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.
 

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

  1. Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.
  2. Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.
  3. Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!
  4. Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.
  5. Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.
  6. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:
    • Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.
    • Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
    • Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.
    • Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.
    • Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.
    Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.
  
Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali. 

KREDIT TO : Kevin Zahari

Monday, 13 May 2013

GARIS PANDUAN MENCEGAH SAKIT JANTUNG

Penyakit jantung adalah pembunuh no 1 di dunia dan kian menular di kalangan manusia tidak kira peringkat usia.

Bagaimanakah nak elakkan dan mencegah sakit jantung ini. Berikut sedikit panduan untuk mencegah sakit jantung dari Dr Hamid Arshat.


Beberapa garis panduan utk cegah sakit jantung dari seorang pakar cardiologist

1. Kurangkan gula, tepung putih dan gula sirap sucrose dalam minuman dan makanan.


2. Lebihkan omega3 dari fish dan krill oils, flax dan sesame seeds, avocado dan telor.




3. Jauhkan makanan berminyak 'deep fried' (hydrogenated) dalam fast dan processed foods 

.
4. Tingkatkan logam magnesium dari sayur2 hijau atau pil supplement.


5. Juz delima bolih bantu bersihkan salurdarah jantung dari kesumbatan arterosclerosis.


6. Pil supplement mengandungi L- Arginine bolih bantu repair salurdarah jantung.


7. Lada atau cayene dikatakan sebagai tonik jantung.




8. Teh cina atau green tea juga tonik jantung





9. Berjalan kaki 30 minit sehari



KREDIT TO : Dr Hamid Arshat

Haa tak susah pun kan, berjalan kaki, pengambilan sayuran hijau, lada, teh hijau juga membantu menjaga kesihatan jantung. 

Jika anda diganggu kekangan waktu, cubalah luangkan sedikit masa beberapa minit dalam sehari untuk menjamin kesihatan jantung. 

Kurangkan juga makanan berlemak dan manis, pengambilan supplemen bersumberkan Omega 3 juga membantu membakar lemak yg membaluti jantung anda.

Ini kerana kandungan EPA membantu membakar lemak2 dalam badan anda.

Mahukan minyak ikan terbaik dunia, Omega Guard dari Shaklee membantu anda.


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD , ambil sendiri ,penghantaran ke rumah area Sandakan Sabah, Mentakab dan Temerloh , Pahang(CUTI SEKOLAH) .


Salam sayang,
Emelia Elza Jamaluddin
SID 910243

WHATSAPP 012-9488265

Page Fb : Ladang Vitamin
Blog :My Ladang Vitamin

Tuesday, 23 April 2013

DIET WANITA YANG MENYUSUI

Diet untuk wanita sihat yang menyusui

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.


SUMBER : Page Fb : www.mumdreams.com.my