Wednesday 14 August 2013

MAKAN MAKAN RAYA : MENGANCAM KESIHATAN

Alhamdulillah, dah 7 syawal 1434 H. Syoknya raya time cuti sekolah 2 minggu pulak tu. lepas ni bersedialah sekolah ganti ye hehe.

Pada 5 Syawal lalu kami ziarah sahabat di taman seberang Temerloh, Pahang. Tak sangka plak dapat jumpe kawan yg rupenya dah berjiran dengan sahabat saya ni skian lama. Depan rumah plak tu. Alhamdulillah 16 tahun tak jumpa , last kami bertemu abis sekolah umur 19 tahun huhu..skang masing2 dah berkahwin dan mempunyai anak2.

Lepas ni kalo ziarah umah kakak sorang ni, boleh lah langsung terus ke rumah kawan saya yg sorg lagi ni. kecik je dunia ni kan. Maklumat berhubung via facebook, tq Allah, good job facebook ;)

Rezeki raya pertama dapat menikmati buah durian, wahh langsung tak sngka balik cuti raya ni dapat pekena durian pulak. Mak aihh...

Oh ya..dalam pada seronok beraya makan2 dan menziarahi saudara mara dan sahabat handai jgn lupa kesihatan diri. maklumlah kita ni masuk macam2 dlm perut time Syawal ni, kurangkan makanan berlemak, berminyak, kurangkan garam dan gula dalam makanan dan minuman.

Elakkan baring2 landing2 lepas makan, elakkan tidur lepas makan kerana ia mengganggu sistem percernaan dan melmbatkan penghadaman. yang sadis lagi bila tabiat tidur lepas makan dikaitkan dengan punca sakit lemah jantung! Haa sebut jantung2 ni semua tak nak sakit kan..kan..kan..

elakkan juga minum ais atau air terlalu sejuk kerana ia boleh menyebabkan minyak dan lemak makanan melekat di dinding arteri . Jika ia kerap berlaku akan mengganggu kelancaran darah seterusnya mengundang lambakan kolestrol, dan menyebabkan tekanan darah tinggi dan kencing manis iaitu ibu segala penyakit.

Saya teringat kata2 bekas Perdana menteri kita Pak lah, apa bila ditanya mengenai bagaimana beliau menjaga kesihatan beliau menjawab, jika dah ambil kuih muih yg manis saya tidak akan menambah gula lagi ke dalam minuman. Cukup kopi atau teh tanpa gula..haa boleh ke kita ikut cara beliau  ni hihi. Sebab kita ni suka yg sedap2 je kan.

Pernah juga saya mendapat tips dari seorang teman memberitahu, jika ingin sangat menikmati air manis seperti air berkarbonat yg mempunyai gula yg tinggi, campurkan dulu air tersebut dalam gelas dengan air 0 yg banyak, tawar2 kan rasanya dulu.  Sebab bila kita minum air yg manis, kemudian bilas dgn 2-3 gelas pun tak jadi dah sebab gula tadi dah meresap ke aliran darah kita. jadi minum air banyak lps tu pun tak jadi apa dah.

Saya harap sahabat2 , saudara mara dan kaum keluarga semuanya sihat dan jagalah kesihatan, banyakkan pergrakan yg boleh mengeluarkan peluh dan membantu pengaliran darah yg lancar.

ada banyak cara untuk sihat, kalo saya sendiri makan supplemen utk bantu kelancaran darah, kalo dah takdir sakit juga tu nak buat camanakan. Yg penting berusaha jaga kesihatan, kalo rasa makan banyak benda berlemak dan berminyak tu saya amik Lecithin Shaklee lebih sikit. Atau Omega Guard. keduanya berfungsi buang bakar lemak . Bila saluran darah lancar insyaallah badan pun sihat sebab organ tubuh berfungsi dengan baik.

Oh ya kalo nak membuang toksin dan detoks tu boleh amik Alfalfa , mmg terbaik jika dikombinasi dengan Lecithin /Omega tadi.

Kalo nak supplemen atau nak dapatkan konsultasi supplemen apa yg patut di makan mengikut kesesuaian anda, boleh hubungi saya Pn Emelia di talian 012-9488265..sms atau WHATSAPP je..

Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Sebarang pembelian dari saya akan mendapat tips dan konsultasi percuma.

Dah hampir setahun saya menjadi ahli Shaklee ni, apapun centa dan suka dengan supplemen nya huhu..semuanya nak di cuba dan ternyata berkesan, sihat dan selamat dengan izin Allah.

Emelia Elza
Id Shaklee 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

LADANG VITAMIN - MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI


No comments: