Showing posts with label Faedah penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Faedah penyusuan susu ibu. Show all posts

Wednesday, 25 September 2013

BERI LAH PELUANG UTK DIRI ANDA !

SET VITAMIN PENYUSUAN IBU

Ada org tak perlu vitamin untuk susu yg banyak. Tapi bagaimana pula dengan para ibu yg stress kerana bebanan kerja di samping itu susu yg kurang, sering sakit2 situ sini sana.

Vitamin penyusuan ibu bukanlah bertujuan membanyakkan susu ibu. Tetapi menguatkan imuniti  tubuh ibu dan mengelakkan stress. Bila ibu sihat, rumah tangga teratur dan banyak perkara boleh dibereskan.

Saya sendiri pernah terpikir nak berenti koje suatu ketika dulu lps kelahiran ank kedua. Stress, badan yg asyik sakit menyebabkan emosi bercelaru.

Anda seorang suri rumah..seorang pekerja mencari nafkah di luar rumah? Mengapa abaikan kesihatan ibu sedangkan anda sendiri nak lihat anak2 membesar dalam kasih sayang anda.

Sebagai ibu yg hebat, hadiahkan diri anda supplemen penyusuan ibu untuk jadi mak yg lebih energetic, gigi yg kuat dan tak mudah roboh akibat kekurangan kalsium atau ditarik kalsium oleh anak sepanjang penyusuan badan?

Mengapa nak biarkan diri kita kelihatan tua, hodoh,lesu tak bermaya sedangkan kita masih muda dan kita mampu mengelakkannya?

Mengapa susah2 beli jenama mahal utk suburkan rambut kalo kita boleh elakkan rambut gugur dengan makan vitamin atau sekurang2 nya mengurangkan keguguran rambut?

Mengapa perlu tanggung risiko sakit belakang gara2 kurang kalsium?

Mengapa berkata TIDAK kepada supplemen yg boleh menyihatkan kulit anda, kesihatan anda dan memberi nilai tambah yg hebat bagi penyusuan susu ibu?


kalo beg berjenama boleh di beli mengapa tidak hadiahkan diri anda supplemen asas kesihatan atau set vitamin utk kesihatan diri.

Imuniti yg kuat berpunca dari tubuh yg sihat secara dalaman dan luaran. Elakkan bergantung dengan pil penahan sakit yg membawa impak bahaya untuk jangka masa yg panjang.

Pilihan di tangan anda yg bijaksana. macamana nak dapatkan vitamin berkualiti yg sudah berada dipasaran lebih 56 tahun?

Hubungi saya Emelia Elza Jamaluddin /sid 910243 / sms WHATSAPP 012-9488265  . PAGE FB : LADANG VITAMIN

Sunday, 12 May 2013

SUSU IBU: Faedah kepada ibu

Semalam kita dah sembang pasal Faedah Penyusuan susu ibu.  Jom petang Ahad ni pulak kita sembang pasal apakah faedah penyusuan susu ibu kepada ibu itu sendiri. 

Faedah Kepada Ibu
 

Kembali kepada bentuk badan asal

Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul. 


Bese tengok kan mama2 yg demok sebelum bersalin jadi slim melim ketika menyusukan anak. Murah kan?





 

Mengecutkan rahim

Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. 


Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
 


Melindungi kesihatan
 

Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.


 

Menjarakkan kehamilan

Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.






Mudah


Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!


Pengalaman saya sendiri menyusukan 2 org anak pun memang mudah bila nak pergi mana2 susu tak sibuk nak sediakan . Atas flight bila nak balik kampung pun senang jer nak tido kan anak.

Kalo lama menunggu di klinik dulu2 , anak meragam cepat2 susukan so anak akan jadi lebih tenang umi pun senang hehehehe..

Jimat

Sememangnya penyusuan susu ibu menjamin ekonomi yang lebih jimat. Apa tak jimat nya dari bertukar-tukar jenama susu mahal atau murah sebab nak sesuai kan dengan anak. hanya susu ibu jimat masa dan tenaga, tak perlu bangaun malam2 atau pagi hari. 

Si bapa pun boleh tidur dengan aman ye tak hihi.

Ok sampai sini dahulu.  


Para ibu adalah golongan istimewa, jadikan diri anda betul2 istimewa dengan menepati ciri2 ibu solehah. 

Ayuh jayakan penyusuan susu ibu bersama saya dan Shaklee. SET PENYUSUAN SUSU IBU

-------------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.  Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

COD /ambil sendiri/penghantaran ke rumah supplemen dan vitamin Shaklee kawasan Sandakan , Sabah dan Temerloh , Mentakab Pahang cuti sekolah sahaja.

Info dan order:

Emelia Elza Jamaluddin
SID 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

Page Fb: Ladang Vitamin
Blog : My Ladang Vitamin

MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI





FAEDAH PENYUSUAN SUSU IBU

Ramai wanita mengimpikan untuk menyusukan anak2 mereka dengan penyusuan susu ibu. 

Tapi lain pula cerita nya setelah bersalin, dek kerana pengeluaran susu yg kurang, badan yg letih dan penat, si kecil yg tidak tetap pola tidurnya hinggakan ibu tak cukup rehat. 

Dalam Quran pun ada menyebut bahawa menggalakkan kaum ibu menyusukan anak hingga berusia 2 tahun. Betapa hebatnya faedah penyusuan susu ibu hinggakan tersebut di dalam AlQuran. 

Mari kita lihat betapa banyaknya faedah memberikan si manja susu  ibu.
 


Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik

Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:



• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak



• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu



• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain





Menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien dengan lebih baik

Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan:

• Enzim penghadam lemak membantu penghadaman dan penyerapan lemak

• Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu

• Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus dan mineral yang lain
  



Melindungi bayi daripada penyakit



Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya.



Susu ibu mengandungi nutrien dan bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis dan jangkitan telinga tengah. 

Makanan untuk perkembangan otak

Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfa- linolenik (ALA) dan asid linoleik (LA).

Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) dan asid arakidonik (AA) yang penting untuk pembesaran dan pertumbuhan janin dan bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak dan perangsangan visual yang berkualiti

Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.

Mengurangkan kemungkinan mengalami alergi

Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindakbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu.

Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik dan asma bronkiol.
 


Pengikat kasih



Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda dan berada rapat dengan anda.


Kesemua ini adalah sama pentingnya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap dan sehebat penyusuan susu ibu.


Kuatkan semangat dan yakinlah bahawa anda mampu menyusukan bayi sendiri. Tiada yang mustahil . Macam saya sendiri terdapat banyak perbezaan antara anak yg menyusu susu formula dengan menyusu ibu dari sudut kesihatan dan kematangan.

Berdoalah kepada Allah memohon pertolongan. Susu ibu adalah yg terbaik untuk anda dan si manja. Anda pasti berjaya menyusukan bayi anda dengan susu ibu.

---------------------------------------------------

 Ingin mencuba SUPLEMEN IBU MENYUSU dari kami. Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak.

Penghantaran ke rumah, Cash on delivery COD atau ambil sendiri supplemen Shaklee area Sandakan , Sabah sahaja . 

COD area Temerloh dan Mentakab musim cuti sekolah sahaja.

Info dan order:

Emelia Elza Jamaluddin
Id Shaklee 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

Page Fb : Ladang Vitamin
Blog : My Ladang Vitamin

MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI