Showing posts with label APPS. Show all posts
Showing posts with label APPS. Show all posts

Sunday 14 December 2014

PA MINUM AIR

Hahaha..bunyi macam pelik je kan..ada jugak apps untuk bantu kita , tugasnya ingatkan kita untuk minum air. Hanya masukkan berat badan dalam KG dan adakah ianya untuk hari yang panas dan anda seorang yang bersukan? Bila kita masukkan maklumat tersebut maka aplikasi ini akan aturkan banyak mana jumlah air yang perlu kita minum mengikut cuaca dan keperluan.

Aplikasi ni boleh di muat turun dari playstore hanya taip WATER YOUR BODY bagi pengguna telefon android Samsung dan IDRINKWATER bagi pengguna iphone .

Dan aplikasi ni saya dapat dari mentor Shaklee saya Master Tuan Nurul Ain. Yang menariknya bila dah lama kita tak minum air apps ni akan berbunyi seperti air yang dituang ke dalam gelas gitu...kadang terkejut jugalah dibuatnya hahaha tapi seronok sebab dengan bantuan PA yang rajin peringatkan kita ni , jadi rajin pulak minum air dan mudah untuk capai target yang ditetapkan dalam sehari.

 boleh edit balik ikut gelas yang kita minum. 
Saya lebih suka guna shaker yang bernombor sukatan ML tu..sonangggg ;)

TASBIH DIGITAL

Assalamualaikum semua...apps ni dah lama saya pakai..tapi jarang guna..sejujurnya sebab saya sendiri dah banyak tasbih ni..hehehe...tapi yang ni sangat membantu jika kitaa terlupa nak bawa tasbih.. yelah kalau anak saya pantang nampak saya pegang tasbih button tu dia akan ambil atau minta dari saya...dia ingatkan macam jam kot eh...hihihi


Tasbih yang besar bulat tu ada sentimental value..haaa..itu adalah peninggalan arwah nenda saya yang tercinta. Beliau selalu guna ni masa hayatnya dulu. AlFatihah untuk arwah nenda ku yang tersayang. Sudilah kiranya sahabat semua mensedekahkan surah AlFatihah untuk nenda saya ye..

ALFATIHAH

Dan yang kecil hijau tu pula saya ada banyak..banyak warna pulak tu. Ni semua saya beli borong..sebagai hadiah untuk kawan kawan.

Dan apps yang saya gunakan di playstore ialah DIGITAL TASBEEH. Haaa...kalau kawan kawan mahu, boleh download sendiri..ia nya percuma !

Semoga bermanfaat ye..