Sunday, 14 December 2014

PA MINUM AIR

Hahaha..bunyi macam pelik je kan..ada jugak apps untuk bantu kita , tugasnya ingatkan kita untuk minum air. Hanya masukkan berat badan dalam KG dan adakah ianya untuk hari yang panas dan anda seorang yang bersukan? Bila kita masukkan maklumat tersebut maka aplikasi ini akan aturkan banyak mana jumlah air yang perlu kita minum mengikut cuaca dan keperluan.

Aplikasi ni boleh di muat turun dari playstore hanya taip WATER YOUR BODY bagi pengguna telefon android Samsung dan IDRINKWATER bagi pengguna iphone .

Dan aplikasi ni saya dapat dari mentor Shaklee saya Master Tuan Nurul Ain. Yang menariknya bila dah lama kita tak minum air apps ni akan berbunyi seperti air yang dituang ke dalam gelas gitu...kadang terkejut jugalah dibuatnya hahaha tapi seronok sebab dengan bantuan PA yang rajin peringatkan kita ni , jadi rajin pulak minum air dan mudah untuk capai target yang ditetapkan dalam sehari.

 boleh edit balik ikut gelas yang kita minum. 
Saya lebih suka guna shaker yang bernombor sukatan ML tu..sonangggg ;)

No comments: