Assalamu alaikum...petang ni saya nak share sedikit tips tentang penyusuan ibu dan bagaimana untuk menyimpannya supaya lebih terjamin dan anak tidak tertelan susu basi...aiyaarkk..caner tu hihi.
Alkisahnya saya pernah mencium bau stok susu dlm peti ais yg telah dipam. Tapi oleh kerana peti ais saya tu jenis yang tak boleh suhu rendah (bila suhu sejuk sangat mulalah salji menebal...adehhh..so saya buat lah suhu biasa saja sekali bila saya hidu rupenya susu yg saya simpan beku tu dah masam!
Jadi, walaupun saya tak de pengetahuan yg terperinci mase tu sajalah nak kongsi dengan kalian pembaca budiman supaya dapat amalkan tips penyimpanan susu ibu ni. Meh kita tgk yea
Haa..susu merudum atau teringin nak relaktasi setelah sekian lame putus susu? Atau ingin menyusukan bayi angkat untuk dijadikan anak susuan? Cubalah kaedah relaktasi iaitu dengan cara Power pumping. Caranya kerap pam dan rangsang perahan susu pada payu dara setiap 2 jam sekali. Setiap bahagian payudara dipam selama 10 minit setiap satu.
Ulang proses ini dan yg penting JANGAN STRESS kerana stress juga punca mengapa susu merudum. Jaga pemakanan seimbang dengan nutrisi yg lengkap dan banyakkan berdoa dan solat hajat mohon dari Allah supaya dibekalkan susu yg mencukupi untuk anak anda. InsyaAllah DIA MAHA MENDENGAR doa para hambaNYA.
Susu pula hendaklah dibekukan untuk penyimpanan jangka masa yg lama. Dan jangan lupa tulis tarikh pada pek /botol penyimpanan susu . Dan masa nak guna susu yg diperah atau pam tadi, gunalah susu yg paling awal diperah mengikut tarikh. Yang terbaru tu kemudian sikit lah minum nye yea ?
Semoga mommies atau bakal mommies yg terbaca entri ni bersemangat untk menjayakan penyusuan susu ibu. Caiyok caiyok ....kat bawah ni gambar contoh pam susu...wow hasilnya pun wow hihi
Pam ni contoh sajian tatapan pembaca sahaja ye...mak x jual benda ni hihi...Ok sampai jumpa lagi..Oh ya..kredit to Ummu Ainan utk jadual tips penyimpanan susu ibu tu yea.
--------------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui pos. Penghantaran ke rumah /COD area Sandakan sahaja.
Info dan Order:
Pn Emelia
sms/whatsapp 012-9488265
Fb Page : https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin
Blog : http://myladangvitamin.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment