Showing posts with label SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu.
Dapatkan maklumat tentang penyusuan susu ibu dari blog, website, buku panduan dan klinik seumpamanya.


Lapangkan minda

Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:

• Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh
dan akan berjaya.

• Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.

• Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama.

• Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu. 

Jangan tawar hati dengan komen komen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.