Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu.
Dapatkan maklumat tentang penyusuan susu ibu dari blog, website, buku panduan dan klinik seumpamanya.
Lapangkan minda
Penyusuan susu ibu melibatkan psikologi dan juga fizikal. Berikut adalah beberapa tip persediaan untuk menjayakan penyusuan susu ibu:
• Amalkan sikap yang positif dan yakin bahawa anda boleh
dan akan berjaya.
• Rancang berapa lama anda mahu menyusukan bayi.
• Bercakap dengan suami dan jika boleh, hadiri ceramah penyusuan susu ibu atau kelas antenatal di mana penyusuan diajar bersama-sama.
• Libatkan diri anda dengan orang-orang yang menyokong penyusuan susu ibu.
Jangan tawar hati dengan komen komen negatif daripada mereka yang kurang memahami atau mempunyai tanggapan yang salah berkenaan penyusuan susu ibu.
SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU
“Saya tidak mahu payudara yang kendur!”
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan
asal dengan lebih cepat.
asal dengan lebih cepat.
Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat dan graviti.
“Penyusuan susu ibu menyusahkan.”
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan,
tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu.
Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa,di mana-mana sahaja dan ia tidak melibatkan kos! Jadi apa yang susahnya tengang penyusuan susu ibu?
“Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?”
Bab 4 di dalam panduan ini akan menunjukkan cara untuk menggabungkan penyusuan dengan kerja. Ia mudah, memuaskan hati dan berbeza daripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!
“Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?”
Penyusuan susu ibu memang semulajadi dan mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia dan tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.
“Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?”
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang
selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.
“Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi!”
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara
dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kelenjar mamari di dalam payudara. Kelenjar mamari adalah sama tanpa mengira saiz payudara. jadi jangan jadikan alasan payudara kecil menyebabkan anda sukar menyusukan anak.
------------------------------------
Berbahagialah buat para ibu yang berazam dan menjayakan penyusuan susu ibu kepada anak2 mereka. Kepada yg belum berjaya tetapi berniat menyusukan anak2, timbalah ilmu dan pelajari teknik menyusukan bayi dengan betul.
Jadikan ia suatu pengalaman yg menyeronokkan . Paling lama AlQuran menyarankan susuilah anak hingga 2 tahun..haaa kejap je tu kan .
Tambah nilai susu ibu anda dan jadilah ibu yg bertenaga, dan sihat , memelihara kesihatan dan kecantikan dengan supplemen tambahan dari Shaklee.
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Jom dapatkan vitamin penyusuan ibu dengan harga berpatutan. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarwak.
Penghantaran juga dibuat di luar negara jika ada permintaan. Hubungi untuk info dan order :
SID 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265
LADANG VITAMIN - Membina kesetiaan melalui kualiti
No comments:
Post a Comment