Sunday 12 May 2013

SUSU IBU: Faedah kepada ibu

Semalam kita dah sembang pasal Faedah Penyusuan susu ibu.  Jom petang Ahad ni pulak kita sembang pasal apakah faedah penyusuan susu ibu kepada ibu itu sendiri. 

Faedah Kepada Ibu
 

Kembali kepada bentuk badan asal

Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul. 


Bese tengok kan mama2 yg demok sebelum bersalin jadi slim melim ketika menyusukan anak. Murah kan?





 

Mengecutkan rahim

Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepat. 


Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.
 


Melindungi kesihatan
 

Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.


 

Menjarakkan kehamilan

Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.






Mudah


Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah percuma!


Pengalaman saya sendiri menyusukan 2 org anak pun memang mudah bila nak pergi mana2 susu tak sibuk nak sediakan . Atas flight bila nak balik kampung pun senang jer nak tido kan anak.

Kalo lama menunggu di klinik dulu2 , anak meragam cepat2 susukan so anak akan jadi lebih tenang umi pun senang hehehehe..

Jimat

Sememangnya penyusuan susu ibu menjamin ekonomi yang lebih jimat. Apa tak jimat nya dari bertukar-tukar jenama susu mahal atau murah sebab nak sesuai kan dengan anak. hanya susu ibu jimat masa dan tenaga, tak perlu bangaun malam2 atau pagi hari. 

Si bapa pun boleh tidur dengan aman ye tak hihi.

Ok sampai sini dahulu.  


Para ibu adalah golongan istimewa, jadikan diri anda betul2 istimewa dengan menepati ciri2 ibu solehah. 

Ayuh jayakan penyusuan susu ibu bersama saya dan Shaklee. SET PENYUSUAN SUSU IBU

-------------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.  Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

COD /ambil sendiri/penghantaran ke rumah supplemen dan vitamin Shaklee kawasan Sandakan , Sabah dan Temerloh , Mentakab Pahang cuti sekolah sahaja.

Info dan order:

Emelia Elza Jamaluddin
SID 910243
SMS WHATSAPP 012-9488265

Page Fb: Ladang Vitamin
Blog : My Ladang Vitamin

MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI





No comments: