Assalamualaikum dan selamat malam..dah masuk jendela 14 September 2013 ..bangun jap lepas tidurkan anak tadi..hehe Sabtu -Isnin cuti yeaayyy..alhamdulillah boleh lah rehat-rehat kat rumah , luangkan lebih masa dengan anak-anak.
Teringat pulak saya masa belum ada anak dulu (6 tahun jugak tunggu rezeki) , ada seorang ustzah sekolah tempat saya mengajar berkata kepada saya, agaknya dia selalu tengok saya kurang happy dan suka buat muka sedih kot hihihi..ye lah mana tak sedih kan bila kita menunggu rezeki cahayamata sendiri ni.
Nak tahu apa dia kata..k.Emi jangan stress bila fikirkan nak anak, sebab orang yang dah ada anak pun stress, orang yang belum kawen pun stress. Eh betul juga kata dia kan. Lepas tu saya berazam insyaAllah tak mo stres stres lagi dah. Buang masa aje.
Tu bab stress. Cakap plak bab penyakit. 2-3 hari ni ada cucu bisnes mengadu tak ppuas hati, sebab ada orang suka kondem dia. Bagi saya, orang yang PENYIBUK suka cara hal orang dan suka KONDEM orang ni hobi kot. Hobi nak isi masa lapang dia. Haa orang macam ni sebenarnya saja nak bagi PENYAKIT DIA kat kita. Jadi pesan saya, tak yah terima ppenyakit tu dan tak yah terkesan lah dengan penyakit dia nak bagi tu.
Nak tak penyakit orang dapat kat kita? Tak nak kan..jadiiiiii tak yah terpalit dan simpan dalam hati. Abaikan saja penyibuk2 tu.
Jom fikir positif, sebut perkara-perkara yang baik-baik saja, fikir yg baik2 saja, insyaAllah yg dtg pun perkara yg baik2 aje. Mari fokus pada matlamat kita, dari buang masa fikir atau fokus pada masalah.
Jom sebelum tidur, niat nak jadi lebih baik esok hari. Semoga hari esok lebih baik dari hari2 sebelumnya.
Salam sayang, EEJ