Monday, 20 May 2013

KETIKA BILA SAYA PERLU MENYUSUKAN BAYI ?

KETIKA BILA SAYA HARUS MENYUSUKAN BAYI ?

Bayi perlu disusukan mengikut permintaan dan keperluannya. Susuilah bayi anda setiap 1 1/2 ke 3 jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama kelamaan , anda akan dapat mengenali tangisannya bila saat dia memerlukannya.

Adalah berbeza keperluan antara setiap bayi dalam keperluan kalori dan corak penyusuannya. Jadi, sebagai ibu anda tidak perlu risau utk menyediakan jadual waktu penyusuannya.

Bayi anda mungkin menyusu lebih kerap pada satu2 ketika kerana tumbesaran meningkat dan kembali kepada corak biasa selepas beberapa hari.


Apa yg penting, susuilah bayi anda selama mana yg dia inginkan. Apabila ia kenyang, dia akan memberitahu anda dengan bahasa tubuhnya seperti membengkokkan badan atau menghentak genggamannya
.


MANFAAT MENYUSU BAYI SEHINGGA KENYANG

Tahukah anda diakhir penyusuan bayi /titisan peringkat akhir penyusuan mengandungi lebih jumlah lemak dalam kandungan susu ibu?

Adalah sangat baik untuk bayi mendapatkan lelemak itu dari susu ibu untuk membina tubuhnya. Manfaat kepada ibu pula ialah terhindar dari cyst, atau kanser payudara yg dikatakan berpunca dari lebihan susu dan lelemak yg berkumpul di payudara.

Maka tidak hairanlah mengapa para ibu disarankan mengosongkan payudara sebaik sahaja selesai menyusukan bayi.
Di samping itu ia adalah antara salah satu cara merangsang penghasilan susu ibu lebih banyak lagi.




* pengambilan vitamin penyusuan susu ibu hanyalah bertujuan untuk mendapatkan tubuh yg sihat dan cergas,di samping menghasilkan susu ibu yg berkualiti bukan bertujuan menghasilkan susu yg banyak. Konsep demand and supply tetap perlu dilaksanakan bagi memastikan keberhasilan susu ibu.


PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM


Bayi akan menyusu sekali atau dua kali pada waktu malam. Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya di dalam gelap sahaja atau cahaya malap.

Tukar lampin bayi agar ia lebih selesa sebelum menyusukannya, dan tidurkan dia kembali sebaik selesai menyusu.

Bayi biasanya tidur lebih lama setelah berusia 4 bulan t anpa terjaga pada waktu malam.

No comments: