Thursday 12 September 2013

DOA TAMBAH SUSU IBU


Assalamualaikum mommies..dah mencuba pelbagai petua nk banyakkan susu ibu, tapi masih lum berhasil ?

Dah minum air 2-3 liter sehari ? dah amalkan sup lobak putih atau sup sawi? Hmm kawan saya cakap kalo minum jus lobak merah plus susu ( carrot susu) pun susu boleh banjir.

yang penting ibu tak stress dan sila lah jangan stress. Sebab stress ni ganggu kestabilan hormon gak dan penghasilan susu pun turut terjejas.

Amalkan konsep demand dan supply. Haa macamana tu? Kerap kosongkan payudara selepas menyusu, nak direct feeding baby atau perah terpulanglah. Sebab bila payudara dikosongkan, otak menghantar isyarat kepada kilang susu untuk hasilkan lebih banyak lagi susu.

Cara lain teknik power pumping, iaitu pam/perah susu sejam sekali selama 10 minit. Katalah kita start jam 10 pagi, perah susu sebelah kanan 10 minit  rehat dan pam plak sebelah kiri 10 minit. Pastu ulang lagi proses ni . Biarlah perah pada awal x de susu pun takpe. Teknik ni juga sesuai untuk relaktasi iaitu panggil susu ( bagi yang nak menyusukan anak tapi takde susu dah) lama -lama susu akan keluar terhasil juga nanti. Waktu ni perlukan kesabaran dan sokongan insan terdekat seperti suami dan anak-anak.

Jangan lupa sebagai muslim kita hendaklah berdoa bermunajat semoga Allah permudahkan urusan kita dan menambah susu yang mencukupi. Kat sini saya nak kongsi doa menambah susu ibu. jom kita amalkan ;)



Jom amalkan doa ni ye mommies..amalan rohani pun penting gak. Sama penting dengan keperluan jasmani kita.

Hepy sharing :)

Salam sayang, 
Emelia Elza Jamaluddin
Pengedar Sah Shaklee anda ke seluruh Malaysia
Id 910243
012-9488265

LADANG VITAMIN- MEMBINA KESETIAAN MELALUI KUALITI


No comments: