Wednesday, 25 September 2013

13 MAKANAN TAMBAHAN PALING TOP


Banyak tinjauan kini terperolehi untuk menunjukkan makanan tambahan yang paling banyak terpilih. . Kita akan membicarakan apa yang setiap makanan tambahan dapat lakukan untuk anda, disusuli dengan nasihat mengenai bagaimana memilih bentuk makanan tambahan yang terbaik.

Seperti mana-mana kes keluaran pengguna, terdapat juga syarikat-syarikat yang
baik, dan terdapat juga yang tidak begitu baik.

MAKANAN TAMBAHAN PROTIN
- Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. . Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protin berkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. 

Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya. . Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak.

 Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak. . la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan. Dalam memilih makanan tambahan protin berkualiti, carilah yang berikut: 

Lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik. la harus
mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".   Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).    la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan, pemanis, atau perisa.

MAKANAN TAMBAHAN VITAMIN/MINERAL BERGANDA

- Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan. * Menampung kekurangan diet yang kecilan. - Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik. 
- la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan. 
- Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan
. betul. Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 1 2 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain. 

Bekalan harian yang disyorkan harus mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.

Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.

Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan 100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C
. . Ketara meningkatkan respons imun. .  Stres meningkatkan keperluan vitamin C. 
* Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C. 
* Ketara membantu penyerapan besi. 

Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . . Membantu memulihkan luka. - Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit). Menyingkatkan masa selsema dan kekerasan gejala-gejalanya.

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari. la harus mengandungi kompleks bioflavonoid. Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.

ALFALFA

Salah satu makanan tambahan tertua yang kita kenali.   Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu  pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli. Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapal dalam alam semula jadi.

la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin. Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi. la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya. 

Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang. Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan
racun serangga dan racun rumpai.

VITAMIN E
' Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
" Mungkin melengahkan penuaan sel. 
- Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
 - Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. . Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen. . Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien. 

. Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. . Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif . la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum. 

Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu
sumber selenium yang unggul ialah yis.

B.KOMPLEKS
.- Membantu memerangi kelesuan. . 
- Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
- Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. . Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. . Perlu bagi saraf sihat. . Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.

Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis. Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula. la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf. 

Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap
ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut.

LESITIN
- Penting dalam dlet mengurangkan berat badan kerana ia membanlu mengangkut
. dan mengeluarkan lemak dari sel-sel. * Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. . Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran
saraf . .
 * Boleh menurunkan kolesterol. Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,
namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari
kacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin. Kapsul
adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di
udara.
KALSIUM / MAGNESIUM
* . Membina tulang dan gigi yang kuat. . Perlu bagi pembekuan darah yang betul. - Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan. - Meningkatkan kualiti pemancaran saraf. * 
Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. . Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. . Hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot kesemuanya dilaporkan berespons kepada lebihan kalsium/ magnesium.

Carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber
mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya. la harus mengandungi
sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungii
badan.

BESI
Membina sel-sel darah sihat.
Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi
yang rendah.
Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
Membantu mencegah anemia.
Penting bagi sistem imun anda.


' la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi
- yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.
Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi
ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi
bagi mendorong penyerapan.

ZINK
- Perlu bagi memulihkan luka. - Komponen penting bagi insulin. . . Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas. Amat penting dalam sistem imun. . * Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh. * Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak
. artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis. Memainkan peranan dalam respons stres.
Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains
sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.
Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN SERAT
. Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.
*" Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut
terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari. Bagi manfaat
yang disenaraikan di atas, anda perlukan sekurang-kurangnya 30 gram sehari,
hampir mustahil dengan diet Amerika masa kini.
Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus
mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi
pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus
mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi
setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau
banyak kalori bagi kandungan gentian.

E.P.A.
. - Boleh menurunkan trigliserida. - Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. . Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung. Telah membantu sakit kepala bersifat migrain. -" Sesetengah kajian menunjukkan perbaikan dalam gejala-gejala artritis reumatuic. Penting bagi jantung anda dalam masyarakat yang tiarap mengidapi penyakit
koronari.  E.P.A. (Asid eikosapentaenoik) ialah asid lemak omega-3 yang menjadi begitu
popular dalam dunia pemakanan. Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa 
susul". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susul dan gas
yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi
masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya
menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.

JULAP / LAKSATIF HERBA
Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang
disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar dan
merengsakan. Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijau
atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang
menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula
jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semula
jadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.


No comments: