Tuesday 30 April 2013

STRESS ???

Assalamu alaikum mommies dan teman2 semua. Hari ni saya nak share sikit dapatan daripada pembacaan subuh tadi melalui buku Terapi solat tahajjud. Saya nak selitkan sedikit tentang bahaya stress kepada kesihatan tubuh badan dan ancamannya terhadap sistem imuniti tubuh.

Fakta dalam sebuah penelitian membuktikan ketenangan dapat meningkatkan ketahanan imunologi tubuh, mengurangkan risiko terkena penyakit jantung dan memanjangkan usia.

Sebaliknya, stress atau tekanan dapat menyebabkan seseorang itu rentan terhadap sebarang jangkitan , mempercepatkan perkembangan sel kanser dan meningkatkan metastasis.

Jika anda selalu sangat tertekan akan menyebabkan ginjal anda sentiasa aktif. Sedangkan pada masa yg sama ginjal anda aktif, pembentukan hormone juga akan berlaku, oleh itu jika ginjal bekerja keras ketika itu mengakibatkan pembentukan hormone terganggu.

Beberapa zat gizi yang dapat membantu pengaktifan ginjal adalah magnesium, zink serta vitamin A, B dan C. Cubalah makanan laut, sayuran hijau dan gandum.

Apabila anda mengalami tekanan, tenaga dalam badan akan dialihkan dari sistem percernaan untuk persiapan tenaga dan otot. Akibatnya penyerapan gizi dari makanan yg penting untuk fungsi tubuh juga akan berkurangan.

 
Tekanan yang berpanjangan adalah berpunca daripada kekurangan vitamin C, vitamin B3 dan magnesium dalam badan. Cubalah mengambil makanan seperti brokoli, kiwi, sayuran hijau dan kekacang.
Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 

Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit (petikan dari blog mama faiz )


Tetapi jika anda tiada masa ke pasar atau menikmati sayur seperti brokoli dan sebagainya, ada alternatif lain yg dapat membantu menambah nilai gizi anda. Vita C ,zink dan magnesium yg ada dalam Vitalea Shaklee kami dan vitamin B Complex. Maka tidak hairan lah kenapa set asas suplemen kesihatan kami iaitu SET FAMILY WELNESS begitu mendapat sambutan pengamal suplemen termasuk pengamal perubatan sendiri. 


 Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (Cash on delivery /penghantaran ke rumah/ambil sendiri area Sandakan sahaja. 

Nak info..nak order...nak sihat..nak cantik..nak kekal cergas walaupun bekerja dan menyusukan anak? Dan info produk lain..

sms/whatsapp
012-9488265
Page Fb :Ladang Vitamin 
Blog       :My Ladang Vitamin




VITA C SUSTAINED RELEASE 500mg

Tanda kekurangan Vitamin C

Vitamin C adalah vitamin yang sangat sangat rapuh. Ia mudah rosak pada suhu yang terlalu tinggi. Maka apabila cuaca panas, vitamin C dalam badan yang sedia ada akan musnah. Apakah tanda kekurangan vitamin C yang sangat ketara?
• Mudah tertekan ( stress)
• Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik
• Tapak kaki keras dan kasar
• Luka yang lambat baik
• Mudah selsema/ bersin
• Wajah nampak tua berbanding umur (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
• Mudah dapat ulcer
• Mudah demam
• penyakit Skurvi

FUNGSI VITAMIN C ?

• Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.


• • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.


• Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.



• Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,




• Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan pil tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan agar mendapatkannya dalam bentuk tablet.


Shaklee Sustained Release Vita-C™ 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yang berupaya melakukan semua perkara. Sustained Release Vita-C mengandungi:
• Kandungan Vitamin C yang tinggi.
• Sistem perlepasan berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yang menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.
• Formulasi yang membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah


sumber:Shaklee Malaysia
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

---------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD /penghantaran ke rumah/ ambil sendiri area Sandakan sahaja.

nak info? nak order? Di galakkan membuat pertanyaan sebelum meng order yea...Tapi kalo vita C ni memang selamat lah di makan apa keadaan sekali pun..

SMS/Whatsapp 
Emelia Elza Jamaluddin 
012-9488265
Id Shaklee 910243
Page fb : Ladang Vitamin
Blog       : My Ladang Vitamin

Monday 29 April 2013

VITA LEA

Tahukah anda Vita Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yg pertama dicipta di dunia. asalnya dikenali sebagai Vitalize Mineral dan disingkatkan kepada VITA-Min, dan perkataan vitamin yg disebut kini asalnya dari Shaklee. Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair 90 tahun dahulu kepada bentuk tablet yg dikenali sebagai Vita Lea!

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Tablet Vita Lea ini disaluti dengan serbuk spirulina.

Ia merupakan tablet multi vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan tubuh manusia. Nanti jemput scroll bawah lagi dan tengok sendiri hasil uji kaji yg saya buat ye ehehehe..

Ujian klinikal telah membuktikan pengambilan Vita Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% dengan izin Allah ye...

--------------------------------
Sekarang mari kita lihat apakah FUNGSI dan bagaimana Vita Lea multi vitamin bertindak dalam membantu memelihara kesihatan anda. Jommmmm.....

FUNGSI -FUNGSI VITA LEA

-Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan
-Menampung kekurangan diet kecilan , pelengkap nutrisi
-Merupakan titik permulaan yg baik bagi mana2 program pemakanan
-Membantu memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
-Penambahan tenaga segera,kecergasan tubuh dan kekuatan mental
-Keupayaan sistem produktif, ppenting kpd remaja dan kanak2 yg sdg membesar
-Metabolisme, sangat membantu menstimulasi metabolisme dan melambatkan proses penuaan.
-Elemen penting pada sel tubuh, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, pertumbuhan rambut, otot, kuku,kulit dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
-Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
 Gambar di atas ni adalah eksperimen kecil saya ( eksperimen tuuuu ahahaha). Camni alkisahnya ada kawan komplen kata u telan caner tablet besar gedabang tu?? So  saya cakaplah Vita Lea ni memang cepat larut DAN MULTIVITAMIN PALING PANTAS DI DUNIA TERLARUT DALAM AIR DAN TUBUH MANUSIA.

Selalu dengar org takut nak amik Vita lea Shaklee sbb saiznya yg besar..betul ! saiznya mmg besar..tapi ia dari bahan2 semulajadi ,selamat dan mudah diserap oleh tubuh dengan pengambilan air yang mencukupi..

Gambar menunjukkan sebiji Vita-lea (multivitamin ) yang berwarna hijau dan direndam pada jam 6.45 ptg. Selepas 10 minit vita lea telah larut dan gambar yang keempat seterusnya taraaaaaa...larut sepenuhnya selepas jam 7.05 minit malam..hmm menarik kan? Yang penting airnya sama sekali bukan berwarna hijau!Semudah ABC mengambil sebiji multivitamin mudah pula dihadam dan larut...so..makanlah dengan ilmu ye :-)


Sebenarnya yg jadi lambat tu sebab saya naik atas solat maghrib..walhal kawan saya cakap 3 minit pun Vita Lea ni dah larut jika terkena air. Jadi minum lah air yg mencukupi ye..Supaya membantu penyerapan vitamin dalam tubuh kita ;)






Jom jalani hidup lebih sihat bersama keluarga dan org2 tersayang. Hidup ini indah dan singkat jadi jangan sia2 kan. Mencegah adalah lebih baik dari mengubat. Apa tunggu lagi...jom dapatkan Vita Lea hari ni. Satu botol 120 biji kalo sorang makan supply untuk 4 bulan tuuuu super jimaaatttt.

Nak info..nak order...nak harga istimewa ?
 Jom sms/pm/whatsapp  012-9488265  
Emelia Elza Jamaluddin
Id Shaklee : 910243
Page Fb : Ladang Vitamin
Blog : My Ladang Vitamin

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
COD Shaklee area Sandakan (ambil sendiri/penghantaran ke rumah)


 

ESP

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)


Energizing Soy protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yg sgt ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yg tinggi yg pernah dihasilkan. Kacang soya yg digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non GMO [non genetically modified organism] yg mana ia diproses pada kadar suhu yg rendah.

Setiap canister 850g dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. Mengandungi 9 asid amino penting yg tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia secara semulajadi. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. 

Sangat sesuai untuk semua peringkat umur tua dan muda. Manakala kandungan indeks glisemik yg rendah iaitu 39, menjadikannya sgt sesuai juga kpd penghidap kencing manis.

Tahukah anda satu hidangan ESP Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.


Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dlm darah.  Karbohidrat yg memecah dgn cepat mempunyai indeks glisemik yg tertinggi manakala karbohidrat dgn GI yg rendah pula memecahkan gula dgn perlahan2 sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda.  Mengekalkan paras gula dalam darah yg rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol . Cara ini menghilangkan isoflavon, malah membentuk kontaminasi bersilang dgn bahan2 kimia. ESP dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yg kritikal demi membekalkan anda dgn keseluruhan kebaikan soya.

--------------------------------
KETAHUI MANFAAT ESP


  1. Awet muda-membina kuku,otot, rambut, darah, organ, kulit dll.
  2. Baik utk hormon-membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  3. Baik utk prostat-baik dlm pemulihan uterus,ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  4. Kulit remaja-merangsang pembentukan semula kulit,otot,mengurangkan kedutan, mengembalikan keserian kulit, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  5. Pembekal tenaga-membekal tenaga segera, meningkatkan sistem imun, mencegah migrain,imsonia dan tekanan.
  6. Memperbaiki pigmentasi-membaiki masalah rambut beruban, gugur,pigmentasi kulit.
Membaiki memori- meningkatkan kualiti memori,dorongan seksual dan rangsangan.

 Nyumm..mmg sedap ESP ni. Rasenya yg lazat perisa vanilla boleh dicampur dengan apa sahaja minuman kegemaran anda. haa..jangan campur dengan air panas sgt dah lah ye sebab protein boleh musnah jika suhu tinggi (terlampau panas).

Nak sahur dengan ESP, bekal tenaga sepanjang hari. nak kekal cergas bertenaga dan keluar bekerja dan menyusukan anak, wanita dan para ibu memerlukan ESP ! Bonus tambahan kulit dan payudara jadi anjal. Gebu gitu hihi....

Nak info lanjut? nak order? nak diskaun hebat? Jom Pm/sms/whatsapp
Pn Emelia Elza Jamaluddin
012-9488265 / Id Shaklee 910243
Page Fb : Ladang Vitamin  
Blog saya: My Ladang Vitamin

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
COD area Sandakan. 

Ladang Vitamin- Membina kesetiaan melalui kualiti


Saturday 27 April 2013

ESP -The product speak itself

Assalamu alaikum..

Biasa tak mengalami kelaparan waktu bangun pagi..dan jika berlaku apakah yg anda akan buat, minum, makan atau sambung tidur..hehe. Sejak bersalin kedua dan menyusukan anak ni saya cukup menjaga bab makan ni sebab kalo dah lapar sgt perut cepat masuk angin. Bila dah masuk angin tu aduhh sampai ke kepala ler jawabnya dan sepanjang hari lah saya akan " weng"..betul tak ni..weng tu mcm pusing2 ckit lah hehe..
 Sebagai ibu, bila dah sakit kepala saya memang akan melepek jer . Semua benda rasa tak nak buat nak baring aje. Tapi bila dah beranak dua ni saya mesti sihat dan cergaskan diri untuk jadi supermom! Saya nak uruskan rumahtangga dengan baik, makan minum keluarga, tidur baring mereka, pakaian mereka dan nak rumah sentiasa kemas (walaupun x menang tangan) . Bagi menjauhi perkara yg boleh mengganggu tugasan seharian saya ...SAYA MESTI BERSARAPAN pada waktu yg tepat dan ambil MAKANAN YG BERKHASIAT.

Pilihan saya di awal bagi untuk alas perut ialah ESP. Sumber protein , ada 14g protein bg satu sajian (3 sudu) & 9 asid amino perlu yg tdk dpt dihasilkan oleh tubuh.

Dan yg penting ia dari kacang soya nonGMO. Byk makanan skrg yg x dpt kita elak adlh dari GMO dan disuntik hormon.


Sejak kenal Shaklee dan amik ESP , ini lah sarapan saya di awal pagi untuk kekal cergas sepanjang hari. mak saya pun makan dan cakap cepat kenyang dan tak letih. Baik untuk kesuburan kulit dan kalo ada luka kat tangan terkena pisau atau peeler, sangat cepat bercantum. Kenapa? Sebab ESP adalah sumber protein terbaik dan memperbaharui sel2 kulit dan tisu kulit. Tak percaya...? Haa kalo dah cuba pasti anda akan perasan luka kecil /besar cepat sembuh dengan izin Allah sekiranya amalkan ESP.  Hinggakan customer saya sendiri beritahu yg kulitnya dah macam pakai pemutih sejak amalkan ESP! Woww best kan..hehe
Nampak tak kebaikan yg kita dapat dari ESP minuman terbaik ni. Kaum ibu amik ESP sebab nak pekatkan susu dan supaya anak jadi cepat kenyang, bonus tambahan dapat kulit cantik dan payudara yg anjal. 

Bulan posa pun dah taak lama lagi, ESP memang terbaik lah untuk sumber tenaga lebih2 lagi di tambah Mealshakes, nyuumm rasenya yg lazat perisa vanilla, sumber multivitamin mealshakes juga membantu menguatkan daya ketahanan tubuh badan. 
 




Harganya? Sangat murah jika dibandingkan dengan khasiatnya. Seminggu 2-3 kali pun dah ok untuk menambah nilai protein yg hilang dari tubuh. Jom ESP hari ini.

Nak info lanjut? Nak order? Nak diskaun hebat? Pm/sms/whatsapp 012-9488265 Pn Emelia...Id Shaklee 910243
Saya memang dah lame jatuh cinta dengan ESP ni...ESP..the product speak itself. Produk yg berbicara sendiri. ;) 
Jemput singgah Page saya di Facebook Ladang Vitamin  
ESP Energizing soy protein

Ladang Vitamin > Membina kesetiaan melalui kualiti




Thursday 25 April 2013

KRISIS PENYEMBUHAN (1)

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
-----------------------
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Tuesday 23 April 2013

DIET WANITA YANG MENYUSUI

Diet untuk wanita sihat yang menyusui

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.


SUMBER : Page Fb : www.mumdreams.com.my    

Saturday 20 April 2013

TIPS PENYIMPANAN SUSU IBU

Assalamu alaikum...petang ni saya nak share sedikit tips tentang penyusuan ibu dan bagaimana untuk menyimpannya supaya lebih terjamin dan anak tidak tertelan susu basi...aiyaarkk..caner tu hihi.
Alkisahnya saya pernah mencium bau stok susu dlm peti ais yg telah dipam. Tapi oleh kerana peti ais saya tu jenis yang tak boleh suhu rendah (bila suhu sejuk sangat mulalah salji menebal...adehhh..so saya buat lah suhu biasa saja sekali bila saya hidu rupenya susu yg saya simpan beku tu dah masam!

Jadi, walaupun saya tak de pengetahuan yg terperinci mase tu sajalah nak kongsi dengan kalian pembaca budiman supaya dapat amalkan tips penyimpanan susu ibu ni. Meh kita tgk yea


Haa..susu merudum atau teringin nak relaktasi setelah sekian lame putus susu? Atau ingin menyusukan bayi angkat untuk dijadikan anak susuan? Cubalah kaedah relaktasi iaitu dengan cara Power pumping. Caranya kerap pam dan rangsang perahan susu pada payu dara setiap 2 jam sekali. Setiap bahagian payudara dipam selama 10 minit setiap satu. 



Ulang proses ini dan yg penting JANGAN STRESS kerana stress juga punca mengapa susu merudum. Jaga pemakanan seimbang dengan nutrisi  yg lengkap dan banyakkan berdoa dan solat hajat mohon dari Allah supaya dibekalkan susu yg mencukupi untuk anak anda. InsyaAllah DIA MAHA MENDENGAR doa para hambaNYA. 



Susu pula hendaklah dibekukan untuk penyimpanan jangka masa yg lama. Dan jangan lupa tulis tarikh pada pek /botol penyimpanan susu . Dan masa nak guna susu yg diperah atau pam tadi, gunalah susu yg paling awal diperah mengikut tarikh. Yang terbaru tu kemudian sikit lah minum nye yea ?
Semoga mommies atau bakal mommies yg terbaca entri ni bersemangat untk menjayakan penyusuan susu ibu. Caiyok caiyok ....kat bawah ni gambar contoh pam susu...wow hasilnya pun wow hihi
Pam ni contoh sajian tatapan pembaca sahaja ye...mak x jual benda ni hihi...Ok sampai  jumpa lagi..Oh ya..kredit to Ummu Ainan utk jadual tips penyimpanan susu ibu tu yea.
--------------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui pos. Penghantaran ke rumah /COD area Sandakan sahaja. 

Info dan Order:
Pn Emelia
sms/whatsapp 012-9488265
Fb Page : https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin
Blog      : http://myladangvitamin.blogspot.com/