Thursday 25 April 2013

KRISIS PENYEMBUHAN (1)

Anda rasa semakin teruk setelah mengambil produk Shaklee kami?

Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan? 

A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.




Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan? 

A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik? 

A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan? 

A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?

A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.



Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?

A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:

  1. Tidak mengamalkannya setiap hari
  2. Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  3. Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  4. Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  5. Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  6. Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  7. Mengalami masalah emosi

Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
-----------------------
Krisis Penyembuhan Penerangan / Penyebab

Sakit kepala yang melampau Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin

Demam, tidak cukup rehat Meningkatkan metabolisma,
merangsang fungsi
imunisasi badan

Cirit-birit, meningkatkan pergerakan Petanda bagi menyahtoksin,
usus, najis berbau, air kencing berbau menghimpunkan bahan
buangan dan sisa-sisa dalam usus
besar

Kembung perut Sistem penghadaman yang lemah

Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir Fungsi hati yang lemah, usus besar
yang tidak sihat dan sistem
pembersihan

Penghasilan lendir seperti selsema, Fungsi paru-paru yang lemah, keluar
kahak kahak juga adalah petanda bagi
menyahtoksin

Pendarahan Hidung Mungkin petanda bagi kekurangan
darah

Rasa sakit pada otot dan sendi Badan berasid, toksin terkumpul
dibahagian yang sakit

Peningkatan rasa sakit di sebahagian Mempercepatkan krisis penyembuhan
badan yang bermasalah

Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif Sistem saraf yang lemah

Kitaran haid yang tidak menentu, Hormon yang tidak seimbang /
perubahan waktu kitaran haid, kegatalan penyakit buasir
pada alat sulit, penghasilan lendiran yang
banyak

Lapar, Pening Tekanan darah rendah, anaemia

Loya, sembelit, tersedu Sistem hadaman yang lemah, masalah
hati

Edema (membengkak) Masalah buah pinggang

Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity

http://supermomndaddy.blogspot.com/2012/05/anda-rasa-sakit-sakit-lepas-ambil.html

Tuesday 23 April 2013

DIET WANITA YANG MENYUSUI

Diet untuk wanita sihat yang menyusui

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusui?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walaubagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi anda yang sedang membesar. Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra kehamilan secara perlahan.

Kajian terbaru mencadangkan bahawa tambahan sebanyak 300-400 kalori sehari sudah cukup untuk wanita yang menyusui semasa tiga bulan pertama.

Apa yang perlu saya makan?
Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijiran, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang dan kekeras, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang-larang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda
Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadeh. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum
Dalam sesetengah budaya, seorang ibu yang baru melahirkan anak selalunya digalakkan untuk makan makanan istimewa yang dianggap lebih berkhasiat. Dalam keluarga Cina yang lebih tradisional, sup akan ditambah dengan brandi atau wain Cina dengan jumlah halia dan minyak bijan yang banyak. Dalam komuniti yang lain, biji lada, herba dan rempah tradisional diambil untuk "memanaskan" badan. Semua ini, jika diambil berlebihan, akan sampai ke bayi anda melalui susu badan anda. Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan.

Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya (warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah. Sebagai satu peringatan kepada anda – beberapa punca kolikyang biasa ialah brokoli, kubis, bawang dan kubis Brussels.

Dapatkan zat besi yang banyak
Jika anda mengambil vitamin tambahan semasa anda hamil, anda tidak perlu mengambilnya lagi selepas kelahiran bayi anda. Walau bagaimanapun, anda mungkin memerlukan zat besi tambahan. Ramai wanita telah mengurangkan simpanan zat besi mereka semasa tahun-tahun subur mereka. Tanyalah pakar obstetrik, doktor keluarga atau GP anda untuk mendapat nasihat. Jika anda terus mengambil vitamin tambahan, ingatlah bahawa itu tidak boleh menggantikan habit pemakanan yang tidak baik. Berusahalah untuk mengambil diet yang seimbang dan pelbagai.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?
Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusui membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusui. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusui boleh turun berat 0.5 kg /1 paun sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.


SUMBER : Page Fb : www.mumdreams.com.my    

Saturday 20 April 2013

TIPS PENYIMPANAN SUSU IBU

Assalamu alaikum...petang ni saya nak share sedikit tips tentang penyusuan ibu dan bagaimana untuk menyimpannya supaya lebih terjamin dan anak tidak tertelan susu basi...aiyaarkk..caner tu hihi.
Alkisahnya saya pernah mencium bau stok susu dlm peti ais yg telah dipam. Tapi oleh kerana peti ais saya tu jenis yang tak boleh suhu rendah (bila suhu sejuk sangat mulalah salji menebal...adehhh..so saya buat lah suhu biasa saja sekali bila saya hidu rupenya susu yg saya simpan beku tu dah masam!

Jadi, walaupun saya tak de pengetahuan yg terperinci mase tu sajalah nak kongsi dengan kalian pembaca budiman supaya dapat amalkan tips penyimpanan susu ibu ni. Meh kita tgk yea


Haa..susu merudum atau teringin nak relaktasi setelah sekian lame putus susu? Atau ingin menyusukan bayi angkat untuk dijadikan anak susuan? Cubalah kaedah relaktasi iaitu dengan cara Power pumping. Caranya kerap pam dan rangsang perahan susu pada payu dara setiap 2 jam sekali. Setiap bahagian payudara dipam selama 10 minit setiap satu. 



Ulang proses ini dan yg penting JANGAN STRESS kerana stress juga punca mengapa susu merudum. Jaga pemakanan seimbang dengan nutrisi  yg lengkap dan banyakkan berdoa dan solat hajat mohon dari Allah supaya dibekalkan susu yg mencukupi untuk anak anda. InsyaAllah DIA MAHA MENDENGAR doa para hambaNYA. 



Susu pula hendaklah dibekukan untuk penyimpanan jangka masa yg lama. Dan jangan lupa tulis tarikh pada pek /botol penyimpanan susu . Dan masa nak guna susu yg diperah atau pam tadi, gunalah susu yg paling awal diperah mengikut tarikh. Yang terbaru tu kemudian sikit lah minum nye yea ?
Semoga mommies atau bakal mommies yg terbaca entri ni bersemangat untk menjayakan penyusuan susu ibu. Caiyok caiyok ....kat bawah ni gambar contoh pam susu...wow hasilnya pun wow hihi
Pam ni contoh sajian tatapan pembaca sahaja ye...mak x jual benda ni hihi...Ok sampai  jumpa lagi..Oh ya..kredit to Ummu Ainan utk jadual tips penyimpanan susu ibu tu yea.
--------------------------------------
Saya adalah pengedar sah Shaklee anda.Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui pos. Penghantaran ke rumah /COD area Sandakan sahaja. 

Info dan Order:
Pn Emelia
sms/whatsapp 012-9488265
Fb Page : https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin
Blog      : http://myladangvitamin.blogspot.com/

KENAPA SAYA MEMILIH SET IBU MENYUSU SHAKLEE ?

Alhamdulillah, semakin ramai yg berjaya berusaha untuk menjayakan penyusuan susu ibu. Tahniah bagi yg telah berjaya, ambil makanan yg sihat dan air yg mencukupi. Lebihkan sayuran, dan buah2 an juga makanan yg berkhasiat utk menyokong usaha ibu menyusukan bayi.

Menyusukan bayi adalah pengalaman terindah bagi ibu. Terlalu byk post2 bergambar di facebook misalnya di Burma bayi yg masih menghisap susu ibu nya sedangkan dia langsung tidak tahu ibunya sudah mati. Aduhh, sangat meruntun hati saya. 

Teringat pula kisah sahabat dlm group bisnes Shaklee ni yg meninggal akibat kemalangan jlnraya ketika dlm perjalanan pulang dari tempat kerja. Bila post mortem , didapati pam susu free style masih melekat di badannya ketika beliau kemalangan. Haa bayangkan bermacam cara para ibu nak menjayakan penyusuan susu ibu ini. masya Allah adakah kita yg hidup ini tidak mahu memberikan peluang kepada anak2 untuk menyusu susu ibu dan hanya mengeluh susu merudum dan sedikit.



Sejujurnya saya sendiri jenis yg kurang susu. Selepas bersalin anak kedua saya bertekad nak susukan anak walau macamanapun. Tambahan pula berat badan anak yg kurang memberangsangkan, stress bertimpa-timpa dan sakit badan situ sana sini hinggakan rase nak berhenti kerja pun ada! Padan lah jugak dgn muka saya sbb bawaan mengandung anak kedua ni saya kurang dan agak jemu minum susu. Sampai saat menulis ni pun saya belum boleh telan susu mcm dulu2. 



Tapi saya nak bertenaga, nak kekal cergas sepanjang hari dalam mase yg sama bekerja. Jadi cara nya ialah mendapatkan suplemen yg sesuai untuk menampung segala nutrisi seharian dan saya memilih suplemen ibu menyusu dari Shaklee.  Bermula dgn sebotol dua, next month saya top up vitamin lain pulak. Hinggalah saya benar2 jatuh cinta dan register sbagai member. 

Teringin nak menyusukan bayi anda dalam masa yg sama nak kekalkan kesihatan kulit, tanpa gigi yg longgar atau mudah goyang, tanpa sakit belakang akibat kekurangan kalsium? Apa kata anda cuba suplemen SET IBU MENYUSU dari Shaklee . Rambut gugur pun dah jarang (bohong pulak kalo x de langsung), dan ada ibu yg tampil anggun selepas melahirkan anak ke 3 setelah mengambil SET BERPANTANG Shaklee (SET BERPANTANG  mengandungi 3 persamaan Vitalea, B complex dan Vita C yg ada dalam SET IBU MENYUSU.


Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak melalui poslaju. COD /penghantaran ke rumah di Sandakan sahaja . 

Info dan order 
Emelia Elza 
sms/whatsapp 012-9488265
Fb Page :   Ladang Vitamin
Blog       :   My Ladang Vitamin

Membina kesetiaan melalui kualiti

Friday 19 April 2013

Testimoni pengguna GLA

Alhamdulillah sangat2 bersyukur sebab baru dapat sms dari customer saya tadi yg cyst nya dah mengecil ! Puan ni baru amik sebotol GLA pada 5 April 2013 yg lalu! Syukur dan menitis air mata kegembiraan. Ini lah antara kegembiraan yg saya dapat sejak join Shaklee ni iaitu untuk membantu lebih ramai orang lain supaya lebih sihat. Alhamdulillah..alhamdullillah...

Ini bukan kali pertama saya dengar pasal cyst mengecil selepas pengambilan GLA. Tahniah puan kerana memilih Shaklee dan kerana memilih utk hidup lebih sihat.

Info /sms/whatsapp 0129488265 Pn Emelia
Jom join kami>> Ladang Vitamin di Facebook >https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin

CYST VS ANTIOKSIDAN

Assalamualaikum dan selamat petang..sambil bersantai petang2 ni saya nak bawakan sharing dari blogger jugak tentang cyst@ketumbuhan yang biasa dialami oleh wanita masa kini. Apa itu cyst dan bagaimana kah ia berlaku. Ada yg mengatakan cyst terjadi kerana haid yg tidak keluar habis dari rahim. Benarkah dan bagaimanakah cara kita nak mengelakkan cyst ini berlaku.

Cyst ni  adalah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan. Pernahkah kita mendengar cyst akan beulang walaupun sudah dibuang. Ianya boleh berulang jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

Apa dia radikal bebas?
Radikal bebas adalah molekul yang kekurangan satu elektron, dan membuat molekul tersebut menjadi tidak stabil dan selalu berusaha mengambil elektron dari molekul atau sel lain. Radikal bebas dapat dihasilkan dari hasil metabolisme tubuh dan faktor luaran seperti asap rokok, hasil penyinaran ultra ungu, zat kimia dalam makanan dan bahan pencemar lain. Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronis, iaitu diperlukan masa waktu bertahun-tahun untuk penyakit tersebut menjadi nyata. Contoh penyakit yang sering dihubungkan dengan radikal bebas adalah serangan jantung dan barah. Untuk mencegah atau mengurangi penyakit kronik kerana radikal bebas maka jawapannya ialah anti oksidan.



Apa itu sumber antioksidan? Formula dalam Shaklee yg saya pakai ialah ACE iaitu Vitamin A (Carotomax), Vitamin C dan Vitamin E. Pengambilan yang berterusan dapat menghindari unsur2 kanser dan cyst. Bagaimanapun kita hanya berikhtiar. lebih baik begitu daripada langsung tak buat apa2 kan. Oh ya,salah satu produk suplemen yang sangat membantu dan mengecutkan cyst ialah GLA Complex. Ianya adalah khazanah untuk wanita. Juga mempunyai unsur vitamin E yg rendah, sangat baik untuk kesuburan bagi yg ingin hamil, mengatur kitaran haid yg normal, melancarkan darah haid, melegakan senggugut dan mencantikkan kulit.


Ikuti khasiat GLA COMPLEX di blog saya ini. 1-2 biji sehari membantu menyelesaikan masalah haid dan kesuburan anda. Kongsi pengalaman dan testimoni mereka yang telah berjaya dengan set Kesuburan dari Shaklee...



* Saya adalah pengedar sah Shaklee anda. Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
* COD /ambil sendiri area Sandakan, Sabah shj. Konsultasi adalah percuma apabila pembelian dibuat dari saya. Untuk info dan order sms/pm/whatsapp Pn Emelia Elza 012-9488265/jemput singgah dan Join kami di Facebook >>> klik butang like untuk mengikuti promosi dan harga istimewa dari Ladang Vitamin>>>>>>https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin




Wednesday 17 April 2013

Lagi Testimoni Mealshakes

Assalamu  alaikum...oleh kerana ada yg tegur testimoni meal shakes saya yg print screen tu susah nak bace dan x puas ditelek, saya copy semula dalam bentuk ayat-ayat ye supaya sonang di baca ehehehe. Memang best dgr feed back pengguna Mesalshakes ni.. Jom jom kita layan testi ibu2 ni....terbaekkk




TESTIMONI 1

Salam..nak share pasal Mealshakes dan Esp..
Kulit Wafa lepas HFMD,banyak yang menggelupas dan salin baru,alhamdulillah sepanjang HFMD saya bagi MEALSHAKES dan ESP shja,doc ada bg multivitamin dan ubat gatal untuk diminum jgk,tapi saya tak bg pon kat wafa,hihi..


sbb MEALSHAKES dah sedia terkandung multivitamin dan mineral yang diperlukan wafa..lagipon kandungan protein dalam MEALSHAKES dan ESP bantu cepatkan proses pemulihan kulit wafa,alhamdulillah..seelsema wafa pon cepat sembuh sekarang..sesudu sehari MEALSHAKES dan sedikit ESP bantu sihatkan wafa setiap hari..#sangat in love dgn Shaklee
-Pn Norliza A.Wahab

P/S : HFMD tu penyakit sakit kaki tangan dan mulut


TESTIMONI 2


alhamdulillah..
sejak saye bg aisy mealshake + omega, antibodi die sgt kuat..! sgt suke!!!
bru² nie saye kne seseme...mak mne xcium ank ari², msti xmiss kan....tp 2,3ari saye perati..die sihat walafiat dan x berjangkit...alhamdulillah...
selera mkn jgn ckp laaaa....'ma nk akan nsik'..da pndai mintak, aisy bru 2thn 3bln.

smuge ank mama sihat selalu ♥
pilihan dtgn anda!
-Pn Azura 



-------------------------------------------------------------------------
TESTIMONI 3
Perkembangan baru yang saya perasan kt anak2.. Setiap kali susu yang dicampur dgn mealshake ni habis, mesti nak lagi susu..suka sangat...thank u shaklee..mewujudkan product yang sesuai utk anak2 saya.. Bukan itu saja, bagi anak anda yang ada masalah asthma, digalakkan juga mencuba mealshake ni bersama omega guard.. Selamat mencuba... :-) 
-Pn Kalsom
-------------------------------------------------------------------
TESTIMONI 4

Setelah amalkan minum mealshakes, Ilman dh bebas dari eczema..asthma pun amat jarang dan yang penting selera makannya bertambah baik , baik dan lagi baik♥♥♥

-Pn Rosmaniza Rahim

--------------------------------------------------

TESTIMONI 5
 
Saya memberi anak2 saya mealshake ni setiap malam sebelum tido satu scoop sahaja dicampur dgn susu.apa yang sy perasan, anak saya sekang ni makan nasi 2 kali sehari...bukan itu sahaja, setiap kali selepas makan nasi akan minta susu lagi...alhamdulilah, sy sgt gembira..anak2 pun x mudah jatuh sakit..tido malam pun lena..
Semoga ni dpt bantu anak2 anda utk menjadi lebih sihat.. :-)

-Pn Kalsom

----------------------------------------------

TESTIMONI 6


Syukur Alhamdulillah.. Jun 2012 - saya mula ambil Mealshake untuk darwish dgn Siti Hajar.. masa tu berat darwish cuma 9.4kg. seawal umur dia setahun mmg itulah berat dia sehinggalah saya jumpa Shaklee. Darwish mengidap asma dan sgt senang terkena selsema, demam dan batuk sbb dia duk taska. sgt2 'picky eatery'.. dan berat bdn yang sering dpt teguran dr doc n nurse.. 'berat tak cukup'.. hurm.. pening memikirkan mslh nie.
Now.. setelah hampir 3 bulan ambil Mealshake secara konsisten untuk darwish. Mealshake pertama dah abis pun.

tiada lg demam, batuk dan selsema yg kerap.. sgt2 kuat mkn. kdg2 pilih jgk.. yang xsedap la. yang paling sy seronok, checkup hospital dia last tuesday aritu.. berat dia dah 10.3kg. sy tersenyum.. apa yang buat sy lg seronok, next appoinment.. doc ckp kalau keadaan dia 'terlebih' baik dr hari ini, dia xperlu ambil inhealer 2 kali sehari dah.. sekali sehari je. Yahoo!!! harap2 pasnie dia tak pyh pakai terus.. InsyaAllah

-Ummi Darwish


-------------------------------------------

TESTIMONI 7


Dulu  anak saya umur 1thn ++ jenis yg x suke makan,kalo mkn pun ckit,menyusu pun kurang,lepas saya disyorkan oleh seorang teman, saya mencuba.lepas 2 bln saya menggunakannya, selera anak saya bertambah.makan dan menyusu.dulu guna botol pendek tu pun susah nak abis,sekarang tukar botol panjang 8oz one go je. Sudah boleh hafal abc dan 123,dan dia mempunyai daya inngatan yg kuat.kpd ibu2 yg mpunyai anak yg kurang selera makan cubalah mealshakes..berbaloi2…

-Pn Menz Gonzalez 
---------------------------------------------------

TESTIMONI 8
Anak  "bongsu" saya sejak lahir punya masalah dgn kulit juga ada asthma . Dia terpaksa guna product gluten free, segala sabun mandi, sabun basuh baju semua kena pakai yg khas. Payah..dia amat sukakan susu , cheese dan makanan laut, udang especially..malangnya tu semua jadik musuh buat dia.

Sekali ambik,maka bersiap sedialah saya dgn inhaler dan segala jenis antihistamine ubat. Terpaksalah standy by utk EL@Mc@ bersedia untuk habiskan cuti tahunan. Kemudian saya dikenalkan produk best ni oleh sahabat lama yang merupakan pengguna tegar SHAKLEE.

Dengan hati berdebar-debar, saya cuba produk ni. Kesannnya sebulan selepas ambil, saya tengok kulit beliau semakin lembab dan berminyak. Cubaan pertama, saya beli cheese dan udang untuk diberikan pada anak. Alhamdullilah! Ilman tak gatal, astma pun tak ada. Saya tak perlu standyby chamber untuk inhaler dia..Rasa macam..WOW! syukur sangat2.. dan dia boleh habiskan satu paket cheese dengan jayanya. Dan katanya " Umi, i want udam n cheese n milk n kacang"( bare to mind : dia mmg akan semput kalu makan kacang). Mealshakes ni juga saya guna utk buat cake dan waffle sebagai gantian kepada susu tepung..rasanya sedap bangat..
-Pn Rosniza Rahim 5/4/13
 

>>>>>>>>>>>>

sungguh wow bila mendengar testimoni pengguna Mealshakes kan. Ianya memang berbaloi..sajian nutrisi yg terkandung dalam Mealshakes >> multivitamin,kalsium dan mineral,protein menyokong kesihatan anak2 , membantu menguatkan imuniti badan anak2. 

Masalah anak2 kurang selera makan? Berat tak sesuai usia /tak normal berat badam? Asma, lelah, kerap demam, selsema dan batuk bila di taska? Mengapa tidak cuba Meal shakes Shaklee..kalo tak cuba tak tahu ye tak..suplemen Meal shakes ni mmg tip top dan hot seller utk kanak2 sebab boleh bancuh dlm susu hanya ujung sudu sahaja. 

Nak tahu lebih lagi sukatan, info pengambilan mengikut umur kanak2, dan order..sms/pm/whatsapp 012-9488265 Pn Emelia >>> page di FB https://www.facebook.com/pages/Ladang-Vitamin >> layari my blog  http://myladangvitamin.blogspot.com/

Ladang Vitamin >> Membina kesetiaan melalui kualiti 

P/S: Testimoni dan gambar2 ni bersumberkan SGL support group kami...bukan rekaan sendiri ye ;)


Monday 15 April 2013

LECITHIN : Kandungannya, Kepentingannya dan Kegunaanya

Assalamu alaikum..hari ni saya nak sembang pasal kepentingan Lecithin dalam kehidupan kita , kepentingan, fungsi dan manfaatnya buat kita. Terima kasih pada Ummi Irfan ye atas info ni.

-------------------------------------------------------------
  • Kepentingan Lecithin :
    Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

    Kandungan Lecithin :
    • Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
    • Kolin – satu komponen neurotransmitter.
    • Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.
    • Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

    Kegunaan Lecithin :

    PALING UTAMA
    • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
    • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
    • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
    • Membantu kawal paras triglycerides.
    • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
    • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

    PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
    • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
    • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
    • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

    UNTUK WARGA TUA
    • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
    • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

    UNTUK PENGHADAMAN
    • Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

    UNTUK SEL
    • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
    • Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

    UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
    • Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
    •  
    • ---------------------------------------------
    •  Haa..jangan tak tahu ye..Lecithin antara hot item di Shaklee. Sebab baik untuk otak, jantung , ibu menyusu bertuah sebab bila makan Lecithin secara automatik anak pun dapat yg disalurkan melalui susu ibu. Sebab itu anak2 yg menyusu ibu (yg makan Lecithin /Omega ) pintar dan cergas dengan izin Allah.
    •  
    • Nak sihat dan jaga kesihatan dari sekarang>>>>
    • Pm saya Emelia Elza Jamaluddin  
    • sms/whatsapp/line 012-9488265  
    • Page Fb: Ladang Vitamin
    • Blog : My Ladang Vitamin
    •  
    •  

Sunday 14 April 2013

NUTRIFERON


Antara stok yang mesti ada di rumah sebagai first aid saya ialah Nutriferon. Hmmm memula join Shaklee dulu rasa mcm mahal sgt suplemen yg digelar Nutriferon ni. Tapi bila dah cuba baru tahu keberkesanannya dan ia sangat berbaloi.

Tambahan pulak sebelum ni sakit/ pening kepala ambil panadol, sakit badan ambil panadol. Mana antibiotiknya lagi..huuu. Bayangkan banyak mana kita telan panadol setahun ? Tahukah anda panadol kekal tersimpan dalam tubuh penggunanya selama 5 tahun...waaaa dah ler bersumberkan dadah dan kesan jangkasamasa panjang kepada buah pinggang anda...kos untuk rawatan cuci buah pinggang/dialisis..pernahkah anda terfikir?

Mengapa tidak cuba Nutriferon dari Shaklee...


Jom gantikan panadol dengan Nutriferon hari ini !


Antara fungsi2 dan manfaatnya >>>>> 
~Mengukuhkan sistem imun
~melawan kanser dan tumor
~melindungi dari influenza
~meringankan stress/kelesuan
~mengurangkan infeksi/jangkitan
~melambatkan penuaan
~mempertingkat PMS
----------------
Saya beli ni awal januari skang masih ada lagi. Simpan kt umh sebagai first aid, kalo selesema @ batuk bersangatan baru amik mkn. Tak pun jika demam berlarutan. Hanya sebahagian ikhtiar kecil menjaga kesihatan diri dan keluarga. Kalo ank bg jilat secubit jer kdg seminggu sekali..atau bila sakit.

Nak tahu info lanjut pm/sms/whatsapp Ladang Vitamin 0129488265 / Emelia Elza Jamaluddin /Id Shaklee 910243


>>http://myladangvitamin.blogspot.com/